Fesyen Shin Min Ah dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha sentiasa menjadi perhatian penonton wanita kerana kecantikannya. Beliau sendiri memang cantik seperti kita semua!
Dalam episod ke-13 waktu kawan Hye Jin melawat beliau (tiba-tiba) di klinik, beliau kelam kabut dan tanya Mi Seon “Harini saya pakai baju yang mahal tak?” (terjemahan).
Gambar di bawah adalah beberapa fesyen yang dipakai oleh beliau dalam drama ini.
Gucci 2015 Re-Edition Silk Shirt with Bee berwarna ungu violet ni memang comel. Dr Yoon Hye Jin pakai masa ke majlis perkahwinan kawannya di Seoul masa naik kereta bersama halmeoni dan Hong Ban Jang dalam episod 3.
Fesyen Shin Min Ah dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha yang kedua ni nampak simple dan santai iaitu Flutterflies Pullover dan Cotton & Linen Trousers. Baju ini dipakai oleh Hye Jin dalam episod 4 ketika itu ada perjumpaan peniaga Gongjin di Kedai Oh Yoon.
Ada scene menarik dalam episod ni! Nak tahu boleh tengok drama ni ya. Tapi yang pasti Sis suka betul baju ni. Nampak santai dan selesa, kalau Sis pakai pergi tengok wayang mesti nampak comel! Hehehe.
Fesyen Shin Min Ah yang ketiga ni manis sangat. Sis sendiri tidaklah suka baju dengan corak bunga tapi bila nampak Shin Mih Ah pakai dengan renda ruffle tu nampak helokkk pula. Nama baju ni ialah Ruffled Silk Blend Long Sleeve Blouse dan harganya mencecah RM 4,986.92 daripada jenama Isabel Marant.
Fesyen yang keempat ialah beg tangan Hermes yang digunakan oleh Shin Min Ah dalam drama ini. Koleksi beg tangan dari jenama ini memang bukan murah. Beg yang berwarna merah yang berjenama Hermes Herbag Zip 31 ini bernilai RM 15,842.32. Manakala beg yang berwarna beige itu pula berharga RM136,337.50. Sis hanya mampu tengok!
Kardigan Linen Embroidery Cardigan warna Ivory dari Bemuse Mansion adalah sangat manis dan comel. Designnya membuatkan si pemakai nampak lembut dan menyenangkan.
Shin Min Ah sebagai Yoon Hye Jin dalam drama Oh My Hometown Cha Cha Cha ini sangat sukakan kasut. Kasut dari Roger Vivier Tres Vibier Strass Buckle Pumps, Black ini mencecah RM 7,110.52 sepasang!
Nampak cantik untuk kita panjat batu di tepi pantai dan dibantu Hong Ban Jang kalau hampir terjatuh. Haha!
Baju sudah, seluar sudah, kasut pun sudah. Fesyen Shin Min Ah dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha kali ini, kita tengok jam Cartier Ballon Blanc De Cartier Watch 26mm, Steel, Diamonds, Leather yang berharga RM 28,945.50. Jam ini kelihatan manis dan cantik di tangan Shin Min Ah. Sis rasa cita rasa Shin Min Ah dan Sis sama! Semua yang dipakai oleh beliau mesti Sis suka!
Bukan hanya seutas jam yang dipakai oleh Shin Min Ah dalam drama ini, malahan, jam dari Cartier Panthere De Cartier Watch Small Model, Quartz Movement, Steel, Diamond yang berharga RM 34,986.50 juga dipakai. Patutlah Hye Jin asyik risau nak tutup klinik giginya terutama bila bil kredit kad sampai!
Skirt ni cantik sangat tau dari MaxMara Pure Virgin Wool Yam Jumper berharga RM 1,605.67. Garis melintang dan ke bawah tu membuatkan pemakainya nampak tinggi kan?
Dress bunga-bunga datang lagi! Fesyen Shin Min Ah dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha ni kebanyakannya mesti dress floral.
Aduh manisnya dress bunga-bunga dari Gucci Tulip Print Printed Dress yang berharga RM 13,268.80 sepasang.
Dipadankan dengan beg tangan Gucci Diana Medium Tote Bag yang bernilai RM 16,503.07.
Shin Min Ah pakai dress floral memang kelihatan cantiklah! Sis suka betul tengok beliau pakai baju begini. Sangat sopan! Harga baju ini pun memang ‘cantik’!
Kemeja longgar berwarna kuning air ni comel kan dipakai dengan seluar putih seperti Hye Jin ataupun seluar berwarna khaki.
Pakai style yang simple jalan keliling rumah pun lawa! T-shirt kuning lembut pakai dengan seluar putih memang santai.
Dress warna kuning polos yang dipakai oleh beliau ini berharga RM 596.13. Rasa-rasanya inilah fesyen Shin Min Ah dalam drama ini yang paling murah! Mana taknya, baju yang dipakai ini adalah keluaran dalam negaranya, iaitu Midnight Circus Korea. Tidy Shirring Sleeve Dress warna kuning polos ini amat sesuai dipakai oleh beliau yang berkulit kuning langsat. Nampak sangat anggun dan manis!
Shin Min Ah pakai baju ni tak nampak macam baju ahjumma! Tapi kalau Sis yang tak berkeyakinan ni pakai tentu nampak macam mak cik-mak cik. Hehehe.
My favourite dress tapi tak ada keberanian nak pakai corak bunga penuh sebegini! Tapi kalau Shin Min Ah pakai semua cantik!
Ini pula fesyen kasut berwarna kuning! Kalau perasan, baju yang Shin Min Ah pakai drama kebanyakannya warna kuning. Semua yang Hye Jin pakai nampak simple tapi harganya sungguh mahal!
Peminat pink jangan sedih. Ada juga baju yang berwarna pink yang beliau pakai dalam drama ini. Baju ini dipadankan dengan beg berwarna putih dari Bottega Veneta dan Hye Jin tampak lebih elegant dengan set pakaian tersebut.
Boleh kongsi dengan Sis, fesyen yang mana satu kalian paling suka?
Minat cerita Oh My Hometown Cha Cha Cha? Mari baca mengenai rumah yang terdapat di dalam drama Hometown Cha Cha Cha.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…
Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…