Ramaiii rupanya yang berminat menyertai program eUsahawan, tetapi nak tahu terlebih dahulu tentang eUsahawan FAQ kan? Jadi, jom sama-sama kita selami beberapa Frequently Asked Question (FAQ) untuk menambah kefahaman bersama.
eUsahawan FAQ #1: eUsahawan adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2015. Ia dibangunkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Tujuan utama program eUsahawan ini adalah untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital untuk usahawan menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan.
eUsahawan FAQ #2: Untuk pengetahuan anda, program ini terbuka untuk:
[1] Semua rakyat Malaysia.
[2] Berusia 18 tahun dan ke atas.
[3] Berminat di dalam dunia perniagaan.
[4] Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.
Sebab Pertama
Jika terpilih, program eUsahawan adalah PERCUMA bagi yang baru pertama kali mendaftar kelas asas keusahawanan digital ini!
Sebab Kedua
Perniagaan lebih mudah diuruskan jika ada skil digital marketing, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Jika tidak dapat bergerak dengan bebas secara fizikal, hampir semua jenis urusan boleh diselesaikan dengan hanya klik di hujung jari, termasuklah urusan jual dan beli!
Perusahaan mikro dan kecil perlu bersaing bersama perusahaan yang lebih besar memandangkan kebanyakan perusahaan perlu berpindah kepada platform digital, jika mahu perniagaan mereka kekal releven.
Sebab Ketiga
Antara ilmu asas keusahawan digital yang akan dipelajari adalah penggunaan aplikasi yang popular sebagai platform perniagaan dan pemasaran digital seperti:
(Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)
>> Ketahui sedikit sebanyak tentang SEO di sini <<
Sebab Keempat
Sijil penyertaan (eUsahawan certificate) akan diberikan selepas tamat kelas sebagai bukti kehadiran anda di dalam program ini.
eUsahawan FAQ #4: Sebelum wabak Covid 19 melanda dunia, kelas eUsahawan dijalankan di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh MDEC di seluruh Malaysia, dan setiap peserta akan dibimbing oleh Trainer yang bertauliah dan mempunyai latar belakang cemerlang. Setiap kelas mempunyai bilangan sebanyak 40-60 peserta dalam satu masa.
Bermula tahun 2020 pula, kelas eUsahawan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian (online). Pelajar akan bersemuka bersama Trainer di dalam kelas yang mengambil masa selama hampir sehari di platform seperti Zoom Meeting. Jadi, peserta yang berjaya mendaftar hanya perlukan gajet dengan talian internet yang stabil!
Tetapi pada tahun 2023, program eUsahawan semakin progresif dalam penyediaan kelas buat kesenangan para peserta. Kelas akan dilakukan sama ada secara dalam talian (online) dan juga secara fizikal tau! Hanya tinggal pilih tarikh, lokasi atau mod pembelajaran yang sesuai mengikut keselesaan anda.
Untuk mendapatkan cara mendaftar program eUsahawan secara lengkap, anda boleh semak terlebih dahulu di sini.
Untuk mendaftar kelas PERCUMA bagi tarikh-tarikh yang akan datang, anda juga boleh membuat pilihan melalui pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!
Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan MDEC 2023.
Program ini telah membantu ramai usahawan membuat lonjakan dari segi keuntungan perniagaan mereka. Rekod sehingga Disember 2020 mencatatkan seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta!
(Portal Malaysia.gov.my)
Video di bawah pula merupakan feedback khas daripada program eUsahawan pada tahun sebelum-sebelum ini. Jadi, kumpulan peserta adalah kecil daripada 30 orang untuk setiap sesi. Selamat menonton!
Sekian sahaja perkongsian Sis Min tentang “eUsahawan FAQ Menjawab Segala Persoalan Usahawan” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…
Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…