“Setiap tahun, saya selalu dengar tentang program percuma eUsahawan oleh MDEC. Tak ketinggalan jugalah program eUsahawan 2023 yang kini duk bermain di pandangan setiap kali scroll media sosial. Jujur cakap, saya sangat berminat! Tapi, saya tak pasti nak join macam mana…” – Usahawan hebat
Pssst, kepada para usahawan yang berminat untuk dapatkan kelas pemasaran digital secara PERCUMA, pastikan anda baca perkongsian Sis Min sampai habis tau!
Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak tahun 2016, bagi mendorong perkembangan keusahawanan secara digital. Untuk pengetahuan anda, MDEC ini merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk membantu memperkembangkan ekonomi digital di seluruh Malaysia.
Sebelum Sis Min ulas topik ini dengan lebih mendalam, jom kita lihat terlebih dahulu sinopsis ringkas bagi program tersebut.
Program eUsahawan 2023 ini menjanjikan pelbagai kelebihan yang kebiasaannya sukar didapatkan tau! Antaranya adalah:
1. Program ini adalah PERCUMA khas buat warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Mendapat sesi bimbingan dan mentorship secara terus oleh pakar-pakar industri pemasaran digital yang berpengalaman.
3. Peserta akan memperoleh pelbagai ilmu keusahawanan digital di platform-platform popular seperti:
(Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)
4. Sijil penyertaan disediakan untuk kesemua para peserta!
Fuh, rugi sangat kalau anda tak dapat join kelas bersama Coach Suraya Ali untuk program eUsahawan 2023 kali ini. Beliau seorang pakar dalam bidang pemasaran digital, lebih-lebih lagi dalam bidang Search Engine Optimisation (SEO).
Apa? Anda tak percaya?! Ish, ish, kalau tak percaya bolehlah baca review-review para peserta kelas-kelas beliau sebelum ini, di sini.
Kalau anda malas nak tekan link di atas, tak mengapa … Mari Sis Min screenshot beberapa hasil review yang terdapat di laman Google tersebut.
Nampak tak betapa hebatnya pengangan kelas bersama Coach Suraya Ali ni? Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu dengan baik, malahan sesi kelasnya juga adalah santai, seronok dan digemari ramai tau!
Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!
Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan 2023.
Sekian sahaja perkongsian Sis Min tentang “eUsahawan 2023 Pemacu Keberkesanan Keusahawanan Digital”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…