Ada sesiapa yang suka membeli barang dapur dalam kuantiti yang banyak? Rasa lega kalau beli barang dapur dalam kuantiti yang banyak, kan? Nanti tak perlu keluar beli barang lagi, betul tak? Barang dapur seperti beras, minyak masak, dan telur boleh disimpan dan digunakan dalam jangka masa yang panjang. Tetapi, sayur seperti sawi, kailan, kangkung, dan sebagainya susah nak tahan lama. Macam mana ni? Jangan risau! Sis Min nak kongsikan cara simpan sayur berdaun tahan lama kepada anda semua.
Cara untuk simpan sayur agar tahan lebih lama ini, Sis Min dapatkan daripada Mingguan Wanita dan beberapa laman web lain. Setiap daripada sayur ini mempunyai cara yang berbeza untuk disimpan agar tahan lebih lama. Hal ini sebagaimana yang dikatakan oleh Dr. Hani Mynis dalam Mingguan Wanita yang mempunyai pengalaman kerja di bahagian sayur dan kaunter timbang pasar raya.
Sayur berdaun seperti sawi, kangkung, dan bayam seeloknya dimasak awal dalam sehari atau dua hari selepas membeli. Hal ini dikatakan demikian kerana, sayur ini kelihatan masih hijau dan segar dalam jangka masa tersebut.
Jangan membasuh sayur selepas membeli. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika sayur berkeadaan basah, boleh menyebabkan sayur cepat rosak. Oleh itu, basuh sayur jika hendak menggunakan sayur untuk memasak. Tetapi, sekiranya anda nak basuh sayur juga, anda perlulah lap sehingga kering sayur tersebut sebelum disimpan.
Bahan yang diperlukan untuk menyimpan sayur ialah tisu dapur, zip lock bag, bekas kosong, aluminium foil dan plastic wrap.
Setiap jenis sayur mempunyai cara penyimpanan yang berbeza. Oleh itu, berikut merupakan sayur-sayur yang disimpan dengan cara yang berbeza mengikut jenisnya:
Sayur bayam, kangkung, kailan, sawi, dan sebagainya merupakan sayur berdaun. Sediakan zip lock bag dan tisu dapur. Lapikkan tisu dapur dalam zip lock bag. Kemudian, masukkan sayur berdaun ke dalam zip lock bag yang telah dilapik dengan tisu dapur. Tutup (seal) zip lock bag dan masukkannya ke dalam peti ais. Sayur berdaun yang disimpan dengan cara ini boleh bertahan selama 1 hingga 3 hari.
Daun-daun yang dimaksudkan adalah seperti daun kari, daun limau, daun kesum, dan sebagainya. Daun-daun ini perlu disimpan di dalam bekas yang bertutup yang telah dilapik dengan tisu dapur.
Daun berakar seperti daun sup, daun ketumbar, dan daun bawang boleh disimpan di dalam bekas/botol yang diisi dengan sedikit air. Isi sedikit air di dalam botol kosong dan masukkan daun sup/ketumbar/bawang. Biarkan akar direndamkan di dalam air yang telah diisi. Tutup daun dengan plastik atau zip lock bag. Kemudian, ikat plastik dan botol agar tiada udara yang memasuki daun tersebut. Boleh tengok cara untuk simpan daun berakar di sini.
Anda boleh baca di sini dan ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara simpan sayur berdaun tahan lama.
Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.
Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Ada banyak dedaun lama di dalam peti ais untuk dimasak? Anda boleh je masak semua bahan-bahan tu menggunakan Mini Multicooker Pot ni tau… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…
Hai anda yang baru balik bercuti! Seronok betul kalau dapat habiskan masa di pantai, pulau…
Pernah tak kita pandu kereta sambil doa jangan ada bunyi pelik? Atau bau hangit keluar…
Tahun 2025 ternyata menjadi tahun paling exciting untuk dunia kecantikan di TikTok! Makin ramai content…
Tahun 2025 ni memang tahun gemilang untuk industri kecantikan tempatan. Kalau anda masih tertanya-tanya “jenama…