Anda ingin membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN? Dah tahu cara bayaran balik PTPTN? Sis Min ada terbaca perkongsian untuk membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN daripada pelbagai media sosial dan laman web. Ada yang boleh membuat pembayaran melalui kaedah Financial Process Exchange (FPX), melalui kaunter bank, online banking, KWSP akaun 2, dan ada juga yang menggunakan aplikasi Shopee untuk membayar pinjaman PTPTN. Canggih betul sekarang ini, ya. Jadi, tidak ada lah alasan nak bayar PTPTN ni.
Artikel kali ini, Sis Min nak kongsikan cara bayar balik PTPTN secara Direct Debit, FPX, dan Shopee. Maklumat berkaitan dengan Direct Debit ini Sis Min dapatkan daripada portal rasmi Edu Bestari dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sebelum itu, Sis Min nak tanya anda semua tahu tak apa itu Direct Debit ? Nak tahu Direct Debit lebih lanjut dan bagaimana ianya boleh membuat pembayaran balik PTPTN? Teruskan membaca.
Direct Debit merupakan cara bayaran balik bagi pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i di mana peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN-i memberikan kebenaran kepada PTPTN untuk membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/Akaun Semasa anda.
Berikut merupakan senarai bank yang menyediakan pendaftaran Direct Debit:
Jika bank yang anda gunakan ada tersenarai di atas, anda boleh melunaskan hutang menggunakan kemudahan Direct Debit. Tapi, pastikan akaun yang dipilih itu berstatus aktif.
Cara bayaran balik PTPTN dengan menggunakan Direct Debit dapat memberikan kelebihan kepada peminjam. Berikut merupakan kelebihannya:
Bagaimana nak mohon Direct Debit ni? Anda boleh baca di link ini dan juga di sini bagi mendapatkan maklumat dan panduan lebih lanjut mengenai cara bayaran PTPTN menggunakan Direct Debit. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh ajukan pada nombor yang tertera dalam portal tersebut.
Lebih mudah untuk anda membuat pembayaran balik PTPTN secara dalam talian dengan menggunakan FPX. Hal ini dikatakan demikian kerana, anda boleh membuat pembayaran di mana-mana sahaja dan terutama sekali dapat menjimatkan masa.
Tambahan pula, pengumuman Bajet 2022 berkaitan dengan PTPTN oleh Menteri Kewangan, YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%. Tawaran ini bermula dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Anda boleh semak dan baca panduan bayaran balik pinjaman menggunakan tawaran ini secara step-by–step di link ini.
Baru-baru ini, Sis Min ada melihat video berkaitan dengan cara bayaran balik PTPTN yang dibuat melalui aplikasi Shopee.
Bila tengok video dari Tik Tok cara nak membuat pembayaran PTPTN ni, rasa lagi mudah dan bermanfaat. Hal ini kerana, anda berpeluang menikmati coin dari Shopee selepas sahaja anda membuat pembayaran di Shopee.
Ada pelbagai kemudahan yang disediakan untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman PTPTN ini. Jika nama anda tersenarai dalam senarai hitam PTPTN, anda boleh semak di sini untuk bersihkan nama anda daripada senarai hitam tersebut.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda untuk melangsaikan hutang selepas tamat sahaja belajar.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…