Dr. Nurul Shazalina Zainudin yang merupakan pengasas Genius Shop dan Genius Library Learning House telah membuat satu perkongsian di Facebooknya mengenai cara bahagikan masa belajar sebagai seorang pelajar PhD, ibu, isteri dan juga usahawan. Hal ini kerana, ada yang bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada beliau dalam satu sesi soal jawab (inspirational talk).
Baru-baru ini, Dr. Shazalina Zainudin baru sahaja menamatkan pembelajaran sebagai Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Parasitologi di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun beliau mengambil masa selama 7 tahun untuk menamatkan PhD, sedikit pun tidak pernah terdetik dalam hati beliau untuk berputus asa.
Sis Min yakin pasti pembaca Sis Rasa ingin tahu bagaimana beliau dapat menguruskan masa dengan baik, kan? Mari teruskan membaca.
Sememangnya sukar untuk membuat banyak kerja dalam satu masa, terutama bagi pelajar yang perlu menghantar tugasan yang tidak diberikan dateline yang panjang, inikan pula Dr. Shazalina yang merupakan pelajar PhD dalam masa yang sama perlu menguruskan anak dan perniagaan. Jadi, beliau terpaksa mengorbankan sesuatu untuk menguruskan perkara yang utama.
Beliau mengatakan jika sesuatu urusan itu dalam keadaan yang kritikal, beliau terpaksa membuat pilihan. Misalnya, memilih perkara yang paling penting dan mengetepikan perkara lain.
Begitulah cara bahagikan masa belajar yang beliau lakukan. Walaupun beliau terpaksa mengutamakan satu perkara dalam satu masa dan mengetepikan urusan lain, namun, urusan lain itu masih tetap berjalan lancar, meskipun dalam keadaan yang agak perlahan.
Cara bahagikan masa belajar yang beliau lakukan seiring dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai usahawan, isteri dan juga ibu adalah seperti berikut:
Beliau buat begini kerana, masa yang ada itu beliau boleh uruskan pelajarannya atau dengan perkara yang lebih baik.
Dr. Shazalina tidak membandingkan dirinya dengan orang lain kerana setiap keutamaan yang dilakukan oleh beliau dan orang lain tidak sama. Misalnya, ada wanita di luar sana yang amat mementingkan rumah yang kemas, tetapi tidak bagi beliau. Hal ini kerana, beliau yang teramat sibuk dengan urusan pelajarannya, perniagaan, anak dan suami. Hal ini juga menunjukkan bahawa kehidupan dan cabaran yang beliau hadapi adalah berbeza dengan wanita di luar sana.
Beliau juga mengatakan supaya sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan perancangan Allah. Berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Hal ini kerana manusia itu tidak sempurna dan tidak akan sempurna, yang sempurna itu hanyalah Pencipta.
Sematkan dalam hati “Slowly but surely will reach the end” sebagaimana yang beliau lakukan sepanjang bergelar pelajar PhD dan pada masa yang sama merupakan ibu, isteri dan usahawan.
Sekian, itu sahaja perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel Cara Bahagikan Masa Belajar dengan Baik ini dapat membantu anda untuk menguruskan masa dengan sewajarnya sebagaimana yang dilakukan oleh Dr. Nurul Shazalina Zainudin. Semoga berjaya!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…