Kesihatan

Bulan Kesedaran Kanser Karsinoid

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa bulan Oktober merupakan bulan kesedaran bagi kanser payudara. Tapi tahukah anda bahawa bulan November ialah bulan kesedaran kanser karsinoid? Anda nak tahu apa itu kanser karsinoid?

Kanser ialah sejenis bisul bernanah atau barah yang tumbuh di dalam badan yang disebabkan oleh bahan-bahan karsinogen seperti virus dan kimia. Manakala, kanser karsinoid pula sejenis barah yang tumbuh dan merebak secara perlahan namun, boleh merebak keseluruhan badan dan boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat.

Bulan Kesedaran Kanser Karsinoid

Sis Min ada terbaca dalam Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengatakan bahawa kanser karsinoid ini berlaku pada saluran pencernaan atau organ gastrousus seperti usus besar, usus kecil, rektum, perut dan juga paru-paru. Namun, kanser karsinoid ini tidak dapat dikesan secara awal. Oleh hal yang demikian, ramai yang tidak sedar akan kanser ini.

Sempena bulan kesedaran kanser karsinoid sedunia, Sis Min nak kongsikan sedikit informasi berkaitan tanda, gejala dan rawatan bagi kanser karsinoid yang Sis Min dapat dari laman web Hello Doktor dan Med Malay. Hal ini dapat membantu anda untuk mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai tanda atau gejala seperti yang akan Sis Min kongsikan.

Tanda dan Gejala Kanser Karsinoid | Bulan Kesedaran Kanser Karsinoid

Walaupun kanser karsinoid ini hanya boleh dikesan pada tahap akhir, ini tidak bermakna tanda dan gejalanya tidak muncul. Pertumbuhan barah ini boleh merebak pada saluran pencernaan dan paru-paru. Oleh hal yang demikian, terdapatnya beberapa tanda dan gejala bagi kanser karsinoid yang dapat dikenal pasti seperti berikut:

Tanda dan Gejala Kanser Karsinoid pada Saluran Pencernaan/Organ Gastrousus

  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Mual dan muntah
  • Tidak boleh membuang air (penyumbatan usus)
  • Pendarahan rektum
  • Kemerahan dan kehangatan pada kulit bahagian muka, kepala, dan leher. Kemerahan tersebut boleh berubah menjadi gelap keunguan.

Tanda dan Gejala Kanser Karsinoid pada Paru-Paru | Bulan Kesedaran Kanser Karsinoid

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Lesu dan lemah
  • Kemerahan dan kehangatan pada kulit bahagian muka, kepala, dan leher
  • Tanda merah jambu dan keunguan seperti stretch mark
  • Berat badan bertambah

Bersempena bulan kesedaran kanser karsinoid, anda boleh baca selanjutnya mengenai tanda dan gejalanya di link ini.

Tanda dan Gejala Kanser Karsinoid

Rawatan Kanser Karsinoid

Ubat

Penggunaan ubat atau dadah seperti Octreotide, Lanreotide, Telotristat, dan Interferon Alfa dapat mengurangkan tanda dan gejala kanser karsinoid. Walau bagaimanapun, terdapatnya kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit dan kembung.

Berikut merupakan ubat lain yang boleh merawat kanser karsinoid selain daripada yang di atas:

  • Cyclophosphamide
  • Estoposide
  • Streptozotocin

Boleh baca selanjutnya di link ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ubat-ubatan yang digunakan bagi mengurangkan tanda dan gejala kanser karsinoid.

Pembedahan

Selain daripada ubat-ubatan, pembedahan adalah salah satu cara untuk mengurangkan gejala tumor karsinoid. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika tanda dan gejalanya dapat dikesan lebih awal, pembedahan boleh dilakukan untuk memotong tumor karsinoid. Boleh baca selanjutnya di sini.

Rawatan Kanser Karsinoid

Sempena bulan kesedaran kanser karsinoid ini, jika anda mempunyai beberapa tanda dan gejala seperti yang di atas, anda perlulah membuat temu janji dengan doktor untuk pengesahan dan tindakan selanjutnya.

Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang berguna kepada anda, sekali gus meningkatkan kesedaran dan memberikan sokongan kepada pesakit yang menghidapi kanser karsinoid ini. Ayuh tingkatkan kesedaran tentang kanser karsinoid!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil di Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

16 hours ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

3 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago