Fesyen

Baju Hanbok dalam The King’s Affection

Hai yeorobun! Siapa dah tengok drama The King’s Affection? Kalau belum, bolehlah mula tengok cerita ini. Seronok ya drama ini. Siapa yang tak sempat nak tengok cerita ni lagi, bolehlah baca di sini untuk tahu sinopsis drama ini. Kali ini, Sis Min nak berkongsi mengenai baju tradisional Korea, iaitu baju hanbok dalam The King’s Affection.

Siapa suka tengok drama Korea yang genre historical? Suka tengok pelakonnya memakai baju hanbok? Samalah Sis Min pun suka. Baju perempuannya semua cantik-cantik. Kalau pelakon Korea lelaki memakai hanbok, pasti akan kelihatan segak.

Baju Hanbok

Hanbok merupakan baju tradisional bagi masyarakat Korea untuk lelaki dan wanita. Han merujuk kepada orang Korea dan bok merujuk kepada pakaian. Hanbok yang biasa dipakai oleh wanita terdiri daripada jeogori (jacket), chima (clothing), dan sokchima (underskirts). Secara umumnya, hanbok yang dipakai oleh lelaki biasanya terdiri daripada jeogori (jacket), sokgui (baju dalam lengan panjang), dan baji (seluar).

Hanbok biasanya dipakai pada hari pertama Seollal atau Chuseok (Korean New Year atau Kalendar Lunar Korea). Hanbok juga dipakai semasa hari perkahwinan dengan tema tradisional. Sewaktu musim menuai, Korea Selatan dan Korea Utara akan mengadakan festival dengan memakai hanbok.

Terdapat pelbagai gaya semasa memakai hanbok. Misalnya, penggayaan hanbok akan berbeza mengikut jantina, umur, jenis majlis, dan musim. Hanbok juga mempunyai warna, corak, dan fabrik yang berlainan untuk membezakan status sosial si pemakai.

Jenis Baju Hanbok dalam The King’s Affection

Hwangpo

Jenis hanbok yang dipakai oleh raja dalam The King’s Affection ialah Hwangpo. Hwangpo merupakan pakaian harian yang dipakai oleh raja yang memerintah.

Dragon Robes (Sajoryongbo) | Baju Hanbok dalam The King’s Affection

Baju hanbok dalam The King’s Affection yang seterusnya, ialah Jubah Naga Biru (Dragon Robes). Jubah Naga Biru akan dipakai oleh putera mahkota dan anak pertama raja. Jubah Naga Biru tersebut ialah Sajoryongbo. Baju ini merupakan pakaian rasmi yang dipakai sewaktu Dinasti Joseon.

Sajoryongbo akan dipakai oleh putera mahkota yang membawa maksud lambang naga berkuku empat. Selain itu, putera mahkota yang memakai Sajoryongbo ini akan memadankan ikseongwan (topi), tali pinggang jenis jed, dan mokhwa (kasut).

Sumber: Preview

Dangui | Baju Hanbok dalam The King’s Affection

Dangui merupakan hanbok yang dipakai oleh permaisuri, puteri, wanita istana, dan isteri pegawai kerajaan semasa zaman Dinasti Joseon. Bagi permaisuri, Dangui yang dipakai mempunyai perhiasan emas dan permaisuri juga akan memakai mahkota naga. Tetapi, wanita lain hanya mempunyai perhiasan yang ringkas dan biasa digunakan berwarna kuning dan hijau.

Dangui dipakai oleh permaisuri.

Ada banyak lagi baju hanbok yang boleh anda jumpai di pusat atau tempat penyewaan baju hanbok apabila anda melancong ke Korea. Anda boleh baca di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Pemakaian hanbok perlulah dipadankan dengan aksesori seperti hairpin, ribbon, dan fan. Setiap aksesori ini akan dipakai oleh wanita Korean semasa pemakaian hanbok. Tetapi, perhiasannya adalah berbeza mengikut taraf sosial. Anda boleh baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut jenis aksesori yang digunakan.

Kalau berpeluang untuk cuba Dangui, elok bawa inner panjang sekali supaya baju yang dipakai nampak kemas tanpa nampak lining pelik. Boleh cuba cari dengan klik disini:

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian berkaitan dengan baju hanbok. Sis Min harapkan agar artikel ini memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

2 weeks ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

4 weeks ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

1 month ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

1 month ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

2 months ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

2 months ago