Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit
Fesyen

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit untuk Wanita Berhijab

Tahukah anda bahawa salah pilih warna tudung boleh menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam dan pucat? Kepada para wanita yang berhijab, pemilihan warna tudung menjadi faktor utama untuk menyerlahkan keserian wajah. Oleh itu, mari Sis Min kongsikan beberapa tips pilih warna tudung ikut tona kulit.

Sebelum anda memilih warna tudung, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu jenis tona kulit anda. Terdapat tiga jenis tona kulit, iaitu cool undertones, warm undertones, dan neutral. Segala maklumat berkenaan dengan tona kulit ini, Sis Min dapatkan daripada laman web hijabista.

Cara Kenal Pasti Jenis Tona Kulit

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk kenal pasti tona kulit sebelum memilih warna tudung atau pakaian. Hal ini supaya warna yang dipilih sesuai untuk tona kulit anda serta warna tersebut akan lebih menyerlah.

1. Saluran Darah | Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit

Cara yang paling mudah untuk anda tentukan tona kulit adalah dengan melihat saluran darah di pergelangan tangan. Sekiranya saluran darah anda berwarna biru, bermakna jenis tona kulit anda adalah cool undertones. Sekiranya saluran darah berwarna hijau, anda mempunyai tona kulit warm undertones. Jika saluran darah anda mempunyai kedua-dua warna, iaitu biru, hijau, atau ungu, anda mempunyai tona kulit yang neutral.

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit

2. Gunakan Kertas Putih

Ambil kertas A4 putih atau apa-apa kertas berwarna putih dan letakkannya di sebelah pipi anda. Bandingkan kulit wajah anda dengan kertas tersebut di bawah cahaya lampu, iaitu natural lighting. Sekiranya anda dapati tona kulit berseri/pinkish, anda mempunyai tona kulit cool undertones. Sekiranya kulit anda seperti yellowish, anda dalam kategori warm undertones. Jika anda dapati tona kulit tidak beza sama sekali, tona kulit anda dalam kategori neutral.

3. Berjemur | Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit

Cara yang paling mudah anda boleh lakukan adalah periksa tona kulit selepas berjemur di bawah cahaya matahari. Sekiranya tona kulit berwarna gelap, anda adalah warm undertones. Jika tona kulit kemerah-merahan, anda adalah cool undertones. Sekiranya perubahan yang berlaku pada tona kulit adalah kedua-duanya, anda mempunyai tona kulit neutral.

4. Bandingkan Kulit Sendiri dengan Orang Lain

Ambil gambar orang lain dan bandingkan dengan tona kulit. Sekiranya kulit anda kelihatan pinkish, anda adalah cool undertones. Jika kulit anda kelihatan seakan-akan yellowish, anda adalah warm undertones. Tetapi, jika tona kulit anda tiada perbezaan, tona kulit anda adalah neutral.

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit

Setelah mengenal pasti jenis tona kulit, anda bolehlah memilih warna tudung yang sesuai dengan tona kulit anda. Wajah anda akan tampak lebih berseri sekiranya anda memilih warna tudung yang sesuai dengan warna tona kulit.

Cool Undertones

Sekiranya anda mempunyai kulit cool undertones, pilih warna tudung yang lebih tenang dan gelap seperti biru, hijau, ungu lavendar, rose, dan kelabu. Anda boleh tonton video TikTok di sini untuk ketahui lebih lanjut.

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit

Warm Undertones

Warna yang terang lebih sesuai untuk warm undertones. Antaranya, honey mustard, olive green, coral, beige, dan cream.

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit

Neutral

Bagi anda yang mempunyai tona kulit yang neutral, anda sesuai memakai warna tudung medium blue, jade green, merah, dan putih.

Sekarang anda sudah pun tahu cara untuk tentukan jenis tona kulit anda. Kini, anda bolehlah memilih warna tudung dengan sesuai. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel mengenai tips pilih warna tudung ikut tona kulit ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.