Tips Mudah Masak Paru
Masakan

Tips Mudah Masak Paru Agar Tak Hanyir dan Tak Liat

Ada sesiapa yang menggemari paru lembu? Jika paru adalah makanan kegemaran anda, yang mana satu pilihan menu masakan yang paling anda gemari? Misalnya, paru goreng rangup, paru masak berlado, paru sambal, dan paru masak lemak. Tapi, leceh juga nak masak paru ini kalau tidak mahir kerana boleh menyebabkan paru berbau hanyir dan liat. Jadi, untuk artikel kali ini, Sis Min nak kongsikan tips mudah masak paru agar tidak hanyir.

Sis Min dapatkan segala tips untuk membuang bau hanyir paru ini di laman web rasa. Nak tahu cara buang bau hanyir pada paru? Mari ikuti kupasan lebih lanjut.

Teknik Buang Bau Hanyir Paru | Tips Mudah Masak Paru

  • Rendamkan paru dengan tepung gandum selama 30 minit.
  • Kemudian, toskan dan rendam paru dengan air asam jawa atau limau nipis.
  • Pastikan darah beku yang melekat pada paru dibersihkan bagi menghilangkan bau hanyir darah.
  • Seterusnya, rebus paru dengan garam dan 2 hingga 3 keping asam keping hingga masak. Pastikan api sederhana perlahan sewaktu merebus.
  • Sebaik sahaja paru yang direbus tersebut masak, toskan terlebih dahulu dan hiris paru kepada kepingan yang lebih nipis supaya mudah untuk dimasak nanti.

Selain daripada teknik buang bau hanyir pada paru, Sis Min nak kongsikan juga cara masak paru berlado daripada resipi keluarga Sis Min sendiri.

Tips Mudah Masak Paru

Bahan-bahan | Tips Mudah Masak Paru

  • Paru goreng (goreng dengan kunyit dan garam sehingga garing)
  • 10 biji cili merah (dikisar) – boleh gantikan dengan cili kering kisar
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang besar (hiris bulat)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Sedikit garam, gula, dan serbuk perasa
  • Minyak masak (untuk menumis)

Cara Memasak

  1. Mula-mula, masukkan minyak masak ke dalam kuali. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Kacau sentiasa.
  2. Sebaik sahaja pecah minyak, masukkan serai, garam, gula, dan serbuk perasa. Kacau sehingga sebati.
  3. Masak sambal sehingga pecah minyak sekali lagi dan masukkan paru yang telah digoreng garing.
  4. Kacau dan ratakan sambal pada paru.
  5. Kemudian, boleh tutup api dan taburkan hirisan bawang besar ke atas paru berlado. Siap dihidangkan!

Jika anda mengikuti cara membuang bau hanyir pada paru, masakan anda akan lebih enak dan tidak liat. Senang sahajakan tips mudah masak paru yang Sis Min kongsikan ini?

Tips Mudah Masak Paru

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.