Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit
Kecantikan, Kesihatan

Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit

Duduk di Malaysia yang beriklim panas dan kering sepanjang tahun menyebabkan kulit kering, berpeluh dan berdaki. Terutama di bahagian-bahagian pelipat. Ramai yang dah berkongsi cara penjagaan kulit wajah. Tapi, lain pula dengan Sis Min. Kali ini Sis Min nak kongsikan tips melembutkan dan melembapkan kulit.

Kulit yang bersih, lembut dan lembap sememangnya impian semua wanita. Siapa yang tidak mahu kulit yang bersih? Semua mahukannya baik wanita mahupun lelaki. Nak tahu cara Sis Min jaga kelembapan kulit? Jom baca.

#1 Lulur Mandi – Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit

Siapa yang selalu pergi spa mesti tahu lulur mandi, kan? Tapi tak perlulah pergi spa. Boleh jimat duit beli lulur mandi ni. Lulur mandi boleh didapati di mana-mana dengan harga yang murah. Boleh juga buat sendiri bagi sesiapa yang rajin. Bagi Sis Min, buat sendiri lagi jimat dan sudah tentu bahan yang digunakan pun selamat dan natural.

Lulur mandi yang selalu Sis Min beli mesti berjenama Sumber Ayu atau Naturals Watsons. Baunya wangi dan lembut. Boleh tengok di link ini untuk memilih lulur mandi. Tips melembutkan dan melembapkan kulit badan dengan lulur mandilah yang gemar Sis Min lakukan.

Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit
Lulur Mandi

Cara nak gunakan lulur senang sahaja. Pastikan tangan bersih dan kering. Tubuh badan juga tidak basah. Ratakan lulur mandi ke seluruh badan dan gosok dengan perlahan secara memutar. Biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air sehingga bersih.

Tips melembutkan dan melembapkan kulit ini, anda perlulah rajin untuk melulur kulit badan dalam dua atau tiga hari seminggu. Jangan lupa lulurkan di bahagian pelipat seperti celah kelangkang, ketiak, lutut, buku lali dan siku. Bahagian-bahagian ni yang selalunya kering dan berdaki. Gosok supaya sel-sel kulit mati semua keluar. Selepas lulur, anda akan rasai perbezaan kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut dan lembap.

Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit
Melulur Kulit Badan

Lulur ni bukan sahaja dapat melembutkan kulit tetapi juga membersihkan kulit. Jika anda berkulit gelap tetapi rajin melulur, pasti kulit akan kelihatan lebih bersih dan cerah.

#2 Berus Badan

Sewaktu Sis Min belajar, Sis Min pernah tanya senior Sis Min, kenapa kulitnya kelihatan lembut je. Apa tips melembutkan dan melembapkan kulit yang selalu dilakukan? Apa yang digunakannya? Rupa-rupanya senior Sis Min selalu gunakan berus badan.

Auch! Sakit ke berus badan ni? Tak sakit pun. Kalau yang tak biasa, mula-mula rasa sakit. Tapi bila seminggu dah pakai, rasa biasa je, malah kalau tidak berus badan sehari, kulit badan rasa tak bersih dan kelihatan kusam.

Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit
Loofah Brush

Sis Min selalu gunakan dua jenis berus badan untuk tips melembutkan dan melembapkan kulit. Sis Min gunakan berus badan jenis kain dan satu lagi loofah brush. Anda boleh dapatkannya di Watsons atau Guardian. Boleh juga beli di link ini.

Cara nak guna loofah dan berus badan senang sahaja. Mandi macam biasa. Letakkan sabun mandi di atas loofah atau berus badan. Gosokkannya ke seluruh kulit badan. Jangan gosok kuat-kuat, ya!

#3 Losen Badan

Tips yang seterusnya adalah memakai losen badan. Losen badan paling penting dalam kehidupan seharian Sis Min. Selepas mandi, sebelum tidur dan selepas solat pasti Sis Min akan pakai. Sis Min dapat mengekalkan kelembapan kulit badan dengan memakai losen.

Losen Badan

Pilih losen yang ada SPF bagi melindungi kulit dari sunburn. Sis Min sarankan pakai losen badan dari Vaseline atau Nivea kerana ada SPF dan secara tak langsung memberikan kelembapan sepanjang hari.

#4 Air Kosong – Tips Melembutkan dan Melembapkan Kulit

Asyik jaga luaran sampai lupa nak jaga dalaman. Paling penting sekali minum air kosong dengan banyak mengikut berat badan seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah tips melembutkan dan melembapkan kulit yang Sis Min amalkan. Air kosong ini untuk detox kulit mati dan elakkan kulit dari kering bersisik. Kene ingat, cuaca di Malaysia panas.

Air Kosong

Ingat, wanita di luar sana! Tak perlu nak memutihkan kulit. Cukuplah sekadar membersihkan kulit. Hilangkan sel-sel kulit mati dengan tips yang Sis Min bagi tu. Kulit yang bersih adalah kulit yang sihat.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *