Terompah Kayu Jepun
Kesihatan, Pendidikan

Terompah Kayu Jepun

Geta ialah sejenis kasut tradisional atau dikenali sebagai terompah kayu Jepun. Terompah yang diperbuat daripada kayu akan menghasilkan bunyi hentakan yang kuat. Sis Min perasan yang terompah ni digunakan pada zaman dahulu mungkin sebelum wujudnya zaman selipar Jepun.

Terompah Kayu Jepun
Terompah Kayu Jepun

Kletak! Kletuk! Kletak! Bila cerita tentang Geta ni, Sis Min teringat kenangan bersama terompah tradisional. Dulu Sis Min suka bergaya dengan kasut tumit tinggi. Tapi kasut Sis Min putus. Jadi Sis Min pun pakailah terompah sebagai heels. Waktu tu Sis Min bangga dengan bunyi terompah, semua orang pandang. Rasa tak malu. Hahaha.

Agak-agaknya, zaman sekarang masih ada tak yang pakai terompah? Tapi, Sis Min pernah nampak beberapa tahun lepas di masjid-masjid kampung masih menggunakan terompah.

Terompah Kayu Jepun
Terompah Kayu

Asal Usul Terompah Kayu Jepun

Sebelum zaman Edo Jepun (kini dikenali sebagai Tokyo) pada tahun 1603 hingga 1868, Geta mula digunakan secara rancak oleh masyarakat Jepun. Terompah kayu Jepun ada dua yang popular dipakai sehingga kini, iaitu Geta dan Zori. Geta dan Zori kedua-duanya diperbuat daripada kayu, tetapi sedikit berlainan.

Geta dan Zori digunakan apabila masyarakat menggunakan Kimono dan Yukata (pakaian seperti Kimono tapi digunakan ketika musim panas). Zori sesuai dipakai di majlis kasual seperti perkahwinan kerana lebih cantik dan mahal. Bahagian hujung tumit Zori sedikit tirus berbanding Geta.

Terompah Kayu Jepun
Kaum Lelaki Memakai Zori

Geta dan Zori sesuai dipakai oleh orang dewasa lelaki dan perempuan. Cumanya, penggunaan Geta dan Zori disesuaikan mengikut keadaan.

Kaum Wanita Memakai Zori dan Geta

Variasi Terompah

Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu ramai memakai kasut yang diperbuat daripada kayu? Bagi masyarakat di Malaysia, sudah tentu ramai yang tahu bahawa masyarakat terdahulu pernah menggunakan terompah pada suatu ketika dahulu.

Bukan sahaja masyarakat di Malaysia dan Jepun yang menggunakan terompah kayu Jepun, malahan Eropah juga tidak terkecuali menggunakan terompah kayu. Cumanya, terompah mereka berbeza dengan terompah yang ada di Malaysia dan Jepun.

Terompah Kayu (Geta dan Zori)

Geta biasa digunakan ketika musim panas, musim salji dan lumpur. Hal ini dikatakan demikian kerana, permukaan tapak Geta yang tebal memberikan keselesaan kepada si pemakai untuk berjalan di atas salji dan permukaan tanah yang berlumpur. Geta juga boleh melindungi kaki daripada dingin dan terjatuh ke dalam lumpur atau salji.

Hal ini dikatakan demikian kerana, terompah kayu Jepun (Geta) mempunyai permukaan tapak kasut setebal empat inci dan terdapat dua gigi kayu. Manakala, Zori yang juga diperbuat daripada kayu seperti tatami akan ditutupi dengan kain, fabrik atau kulit.

Geta
Terompah Kayu Jepun
Zori

Terompah Kayu Tradisional

Terompah kayu yang ada di Malaysia ini wujud sewaktu Belanda menjajah Melaka pada tahun 1641 kerana ketika itu, perdagangan dan perhubungan antara negara semakin rancak. Penyendal terompah kayu di Malaysia diperbuat daripada plastik dan selalunya akan dicat dengan warna merah, hitam dan hijau.

Terompah di Malaysia ni amat sinonim dengan masyarakat Cina dan Baba Nyonya dan semakin lama diguna pakai oleh semua golongan termasuk masyarakat Melayu. Dulu, masyarakat Melayu biasanya menggunakan terompah untuk ke masjid atau mengambil wuduk.

Terompah Kayu Tradisional

The Wooden Clogs

Terompah kayu Jepun juga dipakai oleh orang Eropah. Tetapi kasutnya berbeza dengan Geta dan Zori. Pada zaman dahulu, orang Eropah memakai terompah kayu hanya untuk pergi bertani. Terompah kayu itu dipakai untuk melindungi kaki mereka daripada benda berbahaya sewaktu bertani dan mampu mengelakkan kaki mereka beku disebabkan musim sejuk. Anda boleh baca selanjutnya di sini.

The Wooden Clogs

Terompah Kayu Baik untuk Kesihatan Kaki

Apabila seharian memakai kasut yang sempit seperti kasut sarung, hal ini boleh menyebabkan sendi kaki sakit dan lenguh. Jadi, terompah kayu Jepun dapat membantu melegakan sakit kaki. Hal ini dikatakan demikian kerana, permukaan terompah yang rata dapat mengekalkan keseimbangan badan ketika berjalan dan berdiri. Boleh baca selanjutnya di sini.

Tambahan pula, terdapat terompah kayu yang dibentuk menjadi kasut kesihatan yang dapat merangsang titik akupunktur tapak kaki seperti dalam perubatan Cina.

Inilah dia terompah kayu kesihatan arwah atuk Sis Min. Masih ada lagi sampai sekarang. Tapi, ini versi refleksologi. Bila pakai mula-mula memang rasa sakit. Lama-lama rasa nyaman je kaki ni. Kurang sikit rasa sakit.

Terompah Kayu Jepun
Terompah Kesihatan

Selipar Jepun Bermula dari Geta dan Zori?

Betul ke selipar Jepun yang kita pakai ni adalah berasal dari terompah kayu Jepun (Geta dan Zori)? Sis Min pun tak pasti. Tapi kalau lihat pattern terompah Jepun dengan selipar Jepun memang ada persamaannya. Namun, jenis bahan yang digunakan untuk membuat selipar Jepun dan terompah Jepun tidak sama.

Selipar Jepun dibuat daripada getah atau kulit dan permukaan tapaknya rata. Manakala Geta dan Zori diperbuat daripada kayu dan permukaan tapak Geta adalah setebal empat inci.

Cuba tengok gambar di bawah, Zori dan Geta ada persamaan dengan selipar Jepun.

Terompah Kayu Jepun
Terompah Kayu Jepun dan Selipar Jepun

Itu sahaja dari Sis Min. Sis Min percaya mesti ramai yang teringin nak beli terompah kayu Jepun selepas baca artikel ini. Sis Min rasa dalam Shopee pun ada. Selamat mencari terompah kayu!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *