Soalan Temu Duga yang Ditanya Kepada Wanita
Pendidikan

Soalan Temu Duga yang Ditanya kepada Wanita

Pasti anda teruja apabila dapat tawaran kerja di sesebuah organisasi apabila tamat pengajian, betul? Tapi, pernahkah anda terfikir tentang soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada anda sewaktu temu duga? Tahukah anda bahawa terdapat 12 soalan temu duga yang ditanya kepada wanita berbanding lelaki? Nak tahu lebih lanjut? Mari teruskan membaca.

Segala persoalan yang akan ditanya oleh penemu duga kepada calon wanita ini, Sis Min dapatkan daripada portal Edu Bestari dan beberapa laman web lain. Bagi jawapan untuk setiap soalan pula, Sis Min dapatkan daripada laman web Harian Post.

12 Soalan Temu Duga yang Ditanya kepada Wanita

Berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya kepada calon wanita sewaktu sesi temu duga dijalankan:

#1 Kenapa Syarikat Perlu Mengambil Anda Bekerja?

Jawapan: “Sekiranya tuan dan puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat.”

“Saya juga berminat untuk menjadikan organisasi ini sebagai institusi untuk saya belajar perkara-perkara baru, sekali gus saya dapat pengalaman baru.”

#2 Apa Jangkaan Anda Terhadap Pekerjaan Ini?

Pertanyaan di atas merupakan soalan temu duga yang ditanya kepada wanita. Oleh itu, jawapan yang boleh anda berikan adalah seperti berikut:

“Pekerjaan ini merupakan satu peluang untuk saya meningkatkan kemajuan diri secara profesional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.”

#3 Di Mana Anda Melihat Diri Anda Selepas 5 Tahun?

Jawapan yang boleh anda berikan untuk soalan di atas ialah, “Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi jawatan tertinggi dalam syarikat, malah mampu menguruskan portfolio penting dalam syarikat ini.”

Soalan Temu Duga yang Ditanya Kepada Wanita

#4 Bagaimana Anda Menyelesaikan Sesuatu Masalah? | Soalan Temu Duga yang Ditanya kepada Wanita

Jawapan: “Pertama sekali yang perlu dilakukan adalah menyiasat masalah dengan teliti, fahami masalah tersebut, dan kenal pasti punca masalah tersebut. Kemudian, cari solusi untuk menyelesaikannya. Tetapi, sekiranya saya tidak tahu cara nak menyelesaikannya, saya akan merujuk kepada mereka yang berpengalaman dan mengambil langkah proaktif supaya masalah yang sama tidak berulang.”

#5 Apakah Kelebihan Anda?

Sebelum menjawab soalan yang ditanya, pastikan anda mengucapkan terima kasih terlebih dahulu. Ini menunjukkan anda adalah seorang yang suka menghargai sesuatu. Sebagai contoh:

“Terima kasih tuan dan puan atas soalan yang diberikan ini. Kelebihan yang terdapat pada diri saya ialah saya cepat belajar sesuatu perkara yang baru serta seorang rakan kerja yang aktif dan boleh diharapkan.”

#6 Apakah Kelemahan Anda?

Jawapan untuk soalan temu duga yang ditanya kepada wanita seperti di atas, perlu dinyatakan kelemahan secara jelas dan sebutkan kelemahan diri dari sudut yang positif. Sebagai contoh, “Saya sukar untuk mengatakan tidak kepada sesiapa sahaja yang memberikan tugasan/kerja walaupun tugasan tersebut bukanlah kerja yang perlu saya buat. Kesan daripada itu, saya merasakan sedikit terbeban untuk menyiapkan tugasan sendiri dan tugasan baru.”

“Namun begitu, kelemahan saya untuk mengatakan tidak ini, sebenarnya menunjukkan saya mempunyai komitmen dalam melaksanakan tugas, sekali gus membantu orang lain di samping menyiapkan tugas sendiri.”

Soalan Temu Duga yang Ditanya Kepada Wanita

#7 Kenapa Anda Mahukan Pekerjaan Ini?

Sebelum anda menjawab soalan di atas, pastikan anda telah membuat penyelidikan tentang syarikat/organisasi tersebut. Hal ini kerana, penemu duga hanya ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang syarikat tersebut. Sekiranya anda betul-betul berminat untuk bekerja di situ, anda pasti akan mencari maklumat tentang syarikat tersebut. Jawapan yang boleh anda berikan adalah seperti berikut:

“Saya mahukan kerja ini kerana, syarikat ini mempunyai strategi marketing yang kreatif dalam menarik pelanggan serta berdaya saing dengan syarikat lain. Untuk pengetahuan tuan dan puan, berdasarkan pemerhatian saya, saya dapat lihat segala kemahiran dan kelebihan yang saya miliki ini akan membuatkan syarikat ini lebih maju dan berkembang dari semasa ke semasa. Sebab itulah, saya mahukan jawatan ini agar kita berjaya bersama-sama ke tahap yang lebih tinggi.”

#8 Kenapa Anda Rasa Anda Layak Bekerja di Syarikat Ini? | Soalan Temu Duga yang Ditanya kepada Wanita

Jawapan: “Saya rasa diri saya sesuai untuk menerima jawatan/kerja ini kerana saya mampu bekerja secara berkumpulan/berpasukan dan boleh menyokong ahli pasukan yang lain untuk mencapai sesuatu visi dan misi. Sekali gus dapat meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan.”

#9 Kenapa Anda Mohon Pekerjaan Ini?

Anda boleh berikan jawapan untuk soalan di atas seperti “untuk pengetahuan tuan dan puan, saya sangat berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan di sini. Tambahan pula, saya akan menyumbangkan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya ada untuk maju bersama syarikat. Sekali gus saya dapat mengembangkan profesion kerjaya saya.”

Bagi mendapatkan jawapan lebih lanjut untuk soalan di atas, anda boleh baca di sini.

#10 Bagaimanakah Anda Menyerap Tekanan Semasa Bekerja? | Soalan Temu Duga yang Ditanya kepada Wanita

Jawapan: “Saya seorang yang kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan dapat disiapkan sebelum masanya. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya mengatasi cabaran tersebut, ia adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri saya. Selain itu juga, saya menganggap cabaran adalah bersifat positif, jadi tekanan yang wujud akan berkurang dengan anggapan seperti itu.”

#11 Kenapa Anda Tidak Suka Pekerjaan Lama Anda/Apa Alasan Anda Berhenti Kerja? | Soalan Temu Duga yang Ditanya kepada Wanita

Jawapan: “Saya berhenti kerja dan cari pekerjaan yang baru adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya serta ingin mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.”

 #12 Adakah Anda Gemar Bekerja Bersendirian atau Secara Berkumpulan?

“Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bagi saya, bekerja secara berkumpulan dapat membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin memberikan idea, sekali gus lebih banyak idea yang terbaik akan terbentuk di dalam kumpulan. Namun, jika saya diminta untuk bekerja bersendirian, saya juga boleh melaksanakannya, kerana ia menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif, dan terutama sekali lebih berdikari.”

Berdasarkan soalan-soalan temu duga yang ditanya kepada wanita seperti di atas, menunjukkan calon wanita lebih cenderung untuk mendedahkan nilai diri mereka ketika sesi temu duga. Calon wanita akan lebih kerap ditanya soalan yang berbentuk pendedahan kepada kekuatan dan kelemahan diri mereka serta sebab musabab mereka perlu mendapatkan jawatan tersebut.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini, dapat memberikan infomasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.