Simptom dan Rawatan Demam Tifoid
Kesihatan

Simptom dan Rawatan Demam Tifoid (Kepialu)

Demam tifoid atau kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang mencemari makanan atau minuman. Demam tifoid boleh mengancam nyawa sekiranya dibiarkan tanpa dirawat. Oleh itu, mari kenali simptom dan rawatan demam tifoid agar dapat bertindak dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

Apa itu Demam Tifoid?

Demam tifoid atau juga dikenali sebagai kepialu adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Sallmonella typhi (S.typhi). Bakteria ini boleh didapati di dalam darah, usus, urin, najis pesakit, dan najis pembawa. Pembawa adalah mereka yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak bergejala. Namun, pembawa masih boleh menjangkiti orang lain kerana najisnya masih terdapat bakteria tersebut.

Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Kes Wabak Tifoid, tempoh jangkitan bakteria S.typhi ini adalah selama seminggu selepas jangkitan terjadi, sehingga selagi mana bakteria masih keluar melalui najis pesakit dan pembawa.

Bagaimanakah Cara Penularan Demam Tifoid | Simptom dan Rawatan Demam Tifoid

Secara umumnya, demam tifoid ini cepat tersebar dan mudah menjangkiti orang lain serta memberi kesan kepada beberapa organ tubuh badan. Oleh itu, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demam ini merebak dengan cepat melalui penyediaan makanan atau minuman seperti berikut:

  • Demam tifoid ini tular akibat daripada makanan dan minuman yang tercemar disebabkan oleh najis manusia yang mengandungi bakteria S.typhi.
  • Makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit atau pembawa tifoid.
  • Makanan atau minuman yang dihinggapi lalat yang membawa bakteria S.typhi.
  • Tidak menggunakan bekalan air bersih.

Apakah Simptom Demam Tifoid

Demam tifoid ini mudah dijangkiti dan menyebabkan pesakit mengalami beberapa simptom seperti demam, sakit kepala, dan sakit perut yang berlarutan sehingga beberapa minggu. Berikut merupakan gejala demam tifoid yang akan dialami oleh pesakit. Sekiranya anda mengalami gejala seperti berikut, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan lebih lanjut.

Simptom dan Rawatan Demam Tifoid

Komplikasi Demam Tifoid | Simptom dan Rawatan Demam Tifoid

Sekiranya demam tifoid ini dibiarkan berlarutan, ia akan mendatangkan bahaya kepada organ badan seperti berikut:

  • Usus pesakit yang dijangkiti boleh pecah/bocor dan menyebabkan pendarahan.
  • Menyebabkan komplikasi pada organ lain selain usus kerana bakteria masuk ke dalam darah.
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.

Rawatan Demam Tifoid

Ada beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat demam tifoid ini merujuk kepada doktor menerusi The Diagnosa:

1. Rawatan Sokongan

Pesakit yang mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit perut, dan cirit-birit boleh dirawat dengan beberapa jenis ubat. Misalnya, ubat Paracetamol untuk demam. Pesakit juga boleh dirawat di hospital dengan cara air melalui salur darah sekiranya pesakit mengalami dehidrasi akibat cirit-birit.

2. Rawatan Antibiotik

Antibiotik digunakan untuk membunuh kuman di dalam badan pesakit demam kepialu. Antibiotik yang biasa digunakan ialah Ciprofloxacin, Azithromycin, dan Ceftriaxone.

Langkah-langkah Mencegah Demam Tifoid

Simptom dan rawatan demam tifoid telah pun dikongsi. Kini, mari ketahui langkah untuk mencegah demam tifoid daripada menjadi lebih serius. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mencegah demam tifoid yang disarankan oleh KKM:

Simptom dan Rawatan Demam Tifoid

Amalkan pembersihan dalam setiap perkara agar bakteria seperti Sallmonella typhi tidak merebak. Pastikan anda membasuh tangan secara kerap dengan menggunakan sabun sebelum mengendalikan atau menyediakan makan.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel Simptom dan Rawatan Demam Tifoid ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.