Review The Pirates: The Last Royal Treasure
Hiburan

Review The Pirates: The Last Royal Treasure | Movie Korea

Baru-baru ini Sis Min ada terbaca dalam laman Twitter mengenai movie Korea terbaru yang dibintangi oleh Kang Ha Neul, Han Hyo Joo, dan Lee Kwang Soo. Rata-rata netizen mengatakan movie ni sangat best! Jadi, Sis Min pun terus menonton movie ini untuk memastikan sama ada betul atau tidak kenyataan netizen mengenai movie ini. Oleh itu, bolehlah Sis Min membuat review untuk The Pirates: The Last Royal Treasure ini. Nak tahu tentang movie ini? Mari ikuti kupasan lebih lanjut.

Movie ini baru sahaja ditayangkan pada 2 Mac 2022 di Netflix dan DramaCool. Movie ini bergenre peristiwa, sejarah, aksi, dan komedi yang sesuai ditonton oleh semua penonton yang berumur 16 tahun ke atas. Mari tonton trailer filem ini terlebih dahulu.

Sinopsis | Review The Pirates: The Last Royal Treasure

Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan bandit (perompak) yang diketuai oleh Wu Mu Chi (Kang Ha Neul) yang hanyut di lautan. Mereka telah diselamatkan oleh sekumpulan lanun yang diketuai oleh seorang wanita cantik, iaitu Hae Rang (Han Hyo Joo).

Walaupun sekumpulan perompak ini telah diselamatkan, namun mereka amat malas untuk melakukan sebarang pekerjaan. Kebanyakan daripada mereka terutama ketuanya, iaitu Wu Mu Chi hanya makan dan tidur sahaja di atas kapal. Hal ini menyebabkan sekumpulan lanun tidak berpuas hati dengan sikap mereka.

Review The Pirates The Last Royal Treasure

Pada suatu hari, mereka ingin merompak kapal Jepun untuk mencari makanan seperti daging. Namun, mereka tidak menemukan apa-apa makanan di dalam kapal tahanan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelayar Jepun itu sebenarnya mempunyai misi lain, iaitu mencari harta karun yang dikatakan khazanah Goryeo yang dilarikan oleh jeneral terakhir Goryeo.

Sewaktu mereka memulakan misi pencarian harta karun, timbullah konflik antara dua kumpulan ini. Hae Rang memberikan dua pilihan kepada Wu Mu Chi dan kumpulannya sama ada menjadi lanun atau mengakui beliau sebagai ketua. Tidak ada dua raja dalam satu negara, begitu juga dengan keadaan mereka. Tidak ada dua ketua dalam satu kumpulan. Oleh hal yang demikian, semua orang telah mengakui Hae Rang sebagai ketua. Namun, keegoan Wu Mu Chi tidak menyetujui keputusan tersebut. Lalu, Wu Mu Chi ditinggalkan sendirian oleh ahli kumpulannya di sebuah pulau.

Semasa mereka mencari harta karun, terdapat banyak peristiwa yang berlaku. Hal ini menyebabkan mereka daripada kumpulan yang berbeza turut bekerjasama di dalam satu kapal. Nak tahu mengenai review The Pirates: The Last Royal Treasure? Mari teruskan membaca.

Review The Pirates The Last Royal Treasure

Review The Pirates: The Last Royal Treasure

Sis Min nak review filem ini berdasarkan barisan pelakon yang berjaya membawa watak yang pelbagai. Antaranya, adalah seperti berikut:

#1 Kang Ha Neul (Wu Mu Chi)

Review The Pirates: The Last Royal Treasure yang pertama ialah pelakon utamanya, iaitu Kang Ha Neul sebagai Wu Mu Chi. Wu Mu Chi merupakan seorang ketua dalam kumpulan bandit yang sering kali menggelarkan dirinya sebagai “Greatest Swordsman in Goryeo.” Tak dinafikan bahawa Wu Mu Chi ini sememangnya handal bermain dengan pedang. Hal ini dikatakan demikian kerana, beliau pernah mengetuai pasukan tentera Goryeo pada suatu ketika dahulu.

Wu Mu Chi pernah diperdayakan oleh Mak Yi mengenai gading yang dijumpainya dengan cara merompak. Namun, gading tersebut dibawa lari oleh Mak Yi untuk dijual. Lalu, Wu Mu Chi dijadikan tahanan oleh Hae Rang untuk membunuhnya kerana melarikan peta dan gading tersebut.

Review The Pirates The Last Royal Treasure

#2 Han Hyo Joo (Hae Rang) | Review The Pirates: The Last Royal Treasure

Hae Rang adalah ketua lanun yang baik dan handal dalam mengemudi kapal. Beliau juga seorang ketua yang sangat mementingkan keselamatan anak-anak kapalnya, terutama sewaktu tentera kerajaan menyerang kapal mereka. Pada waktu itu, Hae Rang memilih untuk menyerang habis-habisan bagi menyelamatkan anak-anak kapalnya.

Walaupun Hae Rang hanyalah seorang wanita, namun beliau memiliki jiwa yang kental. Perkara yang paling teruja dan menyeramkan apabila Hae Rang mengemudi kapal harta karun sendiri di lautan yang sedang mengganas dan ombak tinggi yang hampir menenggelamkan kapal mereka.

Review The Pirates The Last Royal Treasure

#3 Lee Kwang Soo (Mak Yi) | Review The Pirates: The Last Royal Treasure

Sewaktu Sis Min tonton filem ini, Sis Min tak berhenti gelak melihat watak Kwang Soo sebagai Mak Yi. Mak Yi dalam filem ini perangainya sama seperti Kwang Soo di dalam Running Man. Sikapnya yang sering mengkhianati ahli kumpulannya sangat persis.

Mak Yi yang pandai membaca peta harta karun tahu keberadaan harta karun tersebut, iaitu di Pulau Inazuma. Pulau itu dikatakan sama seperti berada di dalam neraka kerana adanya halilintar yang mampu memanah manusia, serta raksasa api berbahaya di dalam lautnya.

Ramai yang memaksa Mak Yi untuk membawa mereka ke pulau tersebut bagi mendapatkan harta karun. Namun, Mak Yi sering kali menolak bukan sahaja kerana takut, tetapi mahukan jawatan sebagai kapten kapal yang sedang dipegang oleh Hae Rang. Sebaik sahaja Mak Yi menjadi ketua, beliau sangat berlagak dan membuli orang bawahannya.

Akhirnya, Mak Yi tetap menjumpai harta karun peninggalan Goryeo di dalam kapal jeneral terakhir Goryeo. Dengan kapal tersebut, Mak Yi datang menyelamatkan rakan-rakannya.

Watak Mak Yi ini antara review The Pirates: The Last Royal Treasure yang paling best bagi Sis Min. Walaupun sikap Mak Yi ini seperti pentingkan diri sendiri, Sis Min tak pernah sesekali pun menyampah dengan wataknya. Bagi Sis Min, watak yang dipegangnya sememangnya sesuai dengan sikapnya sendiri. Tambahan pula, watak Mak Yi inilah yang sering kali menghiburkan!

#4 Kwong Sang Woo (Bo Heung Su)

Filem ini juga ada konflik antara Wu Mu Chi dengan Bo Heung Su di mana mereka pernah menjadi satu ahli kumpulan tentera. Semasa pencarian harta karun berlaku, mereka berdua bertemu dengan tidak sengaja dan berlawan antara satu sama lain bagi mendapatkan harta karun. Bo Heung Su yang bongkak ingin mencapai misinya dengan mendapatkan harta karun tersebut bagi membina sebuah negara.

Berjayakah Wu Mu Chi berlawan dengan Bo Heung Su yang sama handal berlawan dengan pedang? Adakah berjaya harta karun itu menjadi milik Hae Rang, Wu Mu Chi, dan anak-anak kapalnya? Anda perlu tonton filem ini.

Cukup sampai di sini sahajalah review The Pirates: The Last Royal Treasure yang dapat Sis Min kongsikan. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.