Persiapan Perkahwinan
Pendidikan

Persiapan Perkahwinan untuk Bakal Pengantin Baru

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, Sis Min yakin ramai yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada bulan tersebut. Persiapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diteliti sebelum majlis bermula. Jadi, hari ini Sis Min akan kongsikan persiapan perkahwinan yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin baru.

Pengalaman persiapan perkahwinan ini dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitter miliknya.

Persiapan Perkahwinan
Sumber: Twitter

Selepas selesai merisik, sudah tentu anda perlu menyediakan kelengkapan untuk majlis perkahwinan, seperti busana pengantin, cincin kahwin, hantaran dan sebagainya. Namun, apakah borang-borang yang perlu disediakan sebelum majlis bermula?

Antara perkara awal yang perlu anda lakukan ialah mendaftar di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM). Anda perlu mengisi dan mencetak borang-borang yang ada pada laman sesawang tersebut. Anda juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya tiga cetakan borang HIV. Anda boleh menempah temu janji ujian HIV di laman sesawang qmed.asia. Ujian HIV ini hanya sah untuk tempoh enam bulan sahaja. Jangan lupa untuk mengambil kursus kahwin juga ya!

Selain itu, anda juga perlu membuat permohonan kebenaran kahwin di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Anda boleh menyemak senarai PAID di laman sesawang SSPIM. Anda juga boleh merujuk laman sesawang tersebut untuk senarai dokumen yang perlu dibawa ke PAID.

Bagi bakal pengantin baru yang alamat kad pengenalan dan tempat tinggalnya sama, anda hanya memerlukan untuk berjumpa dengan seorang sahaja bagi urusan tandatangan borang.

Persiapan Perkahwinan

Sekiranya alamat kad pengenalan dan tempat tinggal anda sekarang berlainan, anda perlu berjumpa dengan Nazir masjid, pegawai surau, atau mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis untuk pengurusan masjid / surau, atau penghulu / ketua kampung / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)/ Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang beragama Islam atau mana-mana orang beragama Islam yang dilantik oleh pihak berkuasa di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa untuk mengetuai sesuatu komuniti di tempat tinggal pemohon. Anda juga perlu menyediakan salinan bil air/elektrik sebagai bukti anda tinggal di alamat rumah berlainan.

Bagi bakal pengantin perempuan, anda diingatkan untuk membawa wali bagi urusan tandatangan borang di PAID. Anda juga boleh menyediakan sedikit wang semasa permohonan kebenaran kahwin nanti. Borang dan dokumen permohonan kebenaran kahwin boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari sebelum tarikh pernikahan.

Selesai urusan borang dan dokumen perkahwinan, anda boleh mula merancang majlis perkahwinan! Bagi memudahkan segala urusan perkahwinan, anda boleh sediakan checklist agar tidak ketinggalan mana-mana perkara yang penting.

Persiapan Perkahwinan
Sumber: Twitter

Sampai di sini sahaja perkongsian pada kali ini. Sis Min berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu bakal pengantin baru dalam persiapan perkahwinan. Selamat pengantin baru kepada semua pasangan yang bakal berkahwin!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.