Menanam Pokok di Sekitar Rumah

Sis Min perasan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mula mencipta hobi baharu, iaitu menanam pokok di sekitar rumah. Tidak kira tua atau muda, ianya telah menjadi hobi yang menarik untuk dipupuk.

Menanam Pokok di Sekitar Rumah
Menanam Pokok di Sekitar Rumah

Sis Min ada terbaca satu akhbar yang mengatakan menanam pokok menjadikan seseorang itu tenang dan sihat. Kalau macam tu, Sis Min pun nak jadikan aktiviti bercucuk tanam ini sebagai hobilah.

Kelebihan Menanam Pokok di Sekitar Rumah

Hobi menanam tumbuhan sememangnya memberikan kelebihan kepada manusia. Kelebihan yang dimaksudkan ialah kesihatan diri tidak kira dari segi fizikal atau mental.

Kesihatan Tubuh Badan | Menanam Pokok di Sekitar Rumah

Sesiapa yang malas nak bersenam atau berlari, bolehlah jadikan amalan bercucuk tanam dan berkebun sebagai hobi baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana, bercucuk tanam juga dapat mengeluarkan peluh dan banyak buat gerakan fizikal.

Bukan itu sahaja, tumbuhan yang berwarna hijau boleh memberi kesan kepada emosi seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana, warna hijau mempunyai simbolik ketenangan, kedamaian, kesuburan dan kesihatan. Misalnya, jika anda mengalami tekanan atau kemurungan, anda disarankan untuk melihat warna hijau beberapa minit bagi mengembalikan ketenangan dan semangat.

Menanam Pokok di Sekitar Rumah
Hijau

Tambahan pula, anda boleh menanam pokok di sekitar rumah dengan memilih kaktus, pothos, dan lidah buaya sebagai pokok hiasan di dalam rumah untuk kesihatan diri anda dan sekali gus memberikan keindahan di dalam rumah. Boleh baca selanjutnya di sini.

Menanam Pokok di Sekitar Rumah
Kaktus

Oleh hal yang demikian, hobi bercucuk tanam amatlah sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian sepanjang hari sekali gus menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan peluh.

Menghindari Bencana

Menanam pokok di sekitar rumah bukan sahaja memberikan kebaikan pada kesihatan tubuh badan, malahan memberikan manfaat kepada alam semula jadi. Hal ini dikatakan demikian kerana, tumbuhan dapat menyerap gas-gas seperti karbon dioksida dan melepaskan lebih banyak oksigen untuk manusia dan haiwan.

Tambahan pula, di kawasan bandar sering terjadi banjir kilat. Sekiranya penanaman pokok di bandar ditingkatkan, hal ini dapat mengelakkan banjir kilat terjadi kerana air hujan dapat diserap oleh tanah dan pokok.

Perspektif Islam

Bercucuk tanam juga amat digalakan dalam Islam sebagaimana dalam hadis berikut:

“Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.”

Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

Hadis di atas dapat difahami bahawa bercucuk tanam bukan sahaja dijadikan sebagai hobi, tetapi menjadikan ianya sebagai amal jariyah, iaitu bersedekah dengan makhluk di muka bumi ini.

Tips Menyuburkan Tanaman

Sis Min ada seorang mak cik yang gemar menanam pokok di sekitar rumah, tidak kira tumbuhan yang berbuah atau tumbuhan yang berbunga. Bagi je tanaman padanya, pasti menjadi pokok tersebut, malah makin membesar dengan subur tumbuhan tersebut. Sis Min pernah beranggapan bahawa tangan mak cik Sis Min ada magic! Semua pokok menjadi apabila beliau yang tanam. Sis Min pun cungkillah apa rahsianya. Anda nak tahu tak apa rahsianya?

  • Air Beras

Mak cik Sis Min beritahu sewaktu mencuci beras untuk dimasak, air cucian beras jangan dibuang. Tetapi disimpan untuk jadikan air siraman untuk tumbuhan.

  • Nasi

Nasi semalam yang tidak habis jangan dibuang. Anda boleh taburkan nasi tersebut di atas tanah pokok-pokok dan dijadikan sebagai baja. Pastikan nasi itu tidak basi ya.

Macam seronok je kan dapat bercucuk tanam dengan menggunakan tips mak cik Sis Min ni. Sis Min pun tak tahu kenapa nasi dan air beras digunakan untuk tanaman. Tapi yang pasti kedua-dua bahan ini sememangnya ajaib! Jika anda tidak percaya, anda boleh cuba. Selamat bercucuk tanam!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *