Kulit Bersih dan Cantik
Kecantikan, Kesihatan, Pendidikan

Kulit Bersih dan Cantik dengan Cara Mudah

Anda ada masalah kulit sejak usia remaja? Walaupun sudah menghabiskan beratus ringgit, namun masalah kulit masih tidak dapat diselesaikan. Sebenarnya, tidak susah pun untuk mendapatkan kulit cantik, bersih dan mulus ni. Dengan amalan diet yang baik dan mempraktikkan penjagaan kulit asas yang konsisten, pelbagai masalah kulit dapat diselesaikan dengan mudah. Tapi, jangan tunggu sehingga tidak terkawal baru ingin merawatnya pula! Mari Sis Min kongsikan 15 cara yang dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit bersih dan cantik.

15 Cara Mendapatkan Kulit Bersih dan Cantik

1. Sekiranya anda mempunyai masalah hormon bulanan, anda boleh cuba mengurangkan kadar pengambilan bahan tenusu, seperti keju dan susu, serta makanan bergoreng. Dengan mengamalkan diet yang sihat, anda akan dapat melihat perubahan kulit dari semasa ke semasa.

2. Pastikan muka anda dicuci sebelum tidur, terutamanya jika anda memakai alat solek. Kulit berminyak yang tidak dibersihkan juga merupakan antara punca kerosakan kulit.

3. Lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 10-15 minit setiap hari. Cara ini dapat membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh dan menghasilkan kulit yang sihat.

Kulit Bersih dan Cantik

4. Amalkan penggunaan krim pelindung matahari (sunblock) untuk mengelakkan kedutan dan tanda hitam. Gunakan krim pelindung matahari setiap kali anda terdedah kepada cahaya matahari, terutamanya apabila anda keluar pada waktu panas. Jangan gunakan krim pelindung matahari ketika ke pantai atau semasa beriadah saja!

5. Minum 8 gelas air setiap hari untuk dapatkan kulit bersih dan cantik. Hidrasi merupakan kunci utama kepada kulit yang sedar dan sihat. Jika anda tidak minum air yang mencukupi, kulit anda akan berjerawat dan berlaku pengeluaran minyak pada kulit, walapun kulit anda kering.

6. Tukar sarung bantal setiap minggu. Sekiranya anda tidak tukar sarung bantal, kulit anda akan menyerap minyak dari rambut yang melekat pada sarung bantal.

Kulit Bersih dan Cantik

7. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, anda boleh mencuba rangkaian produk kulit yang berasaskan minyak, seperti argan oil, almond oil dan minyak kelapa.

8. Amalkan scrub kulit setiap dua minggu. Tapi, jangan pula anda scrub kulit setiap hari! Ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan rosak. Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda boleh dapatkan scrub yang teksturnya lebih lembut.

9. Elakkan daripada menggunakan bedak asas yang berasaskan minyak kerana boleh menyebabkan pori tersumbat dan menjadi punca jerawat.

Kulit Bersih dan Cantik

10. Amalkan minum teh hijau asli tanpa gula dalam diet seharian anda. Teh hijau kaya dengan bahan antioksidan dan dapat membantu menentang bakteria dan radikal bebas.

11. Jika anda mempunyai potongan rambut depan yang menutupi dahi, pastikan rambut dicuci setiap hari. Rambut yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan minyak mudah terperangkap di bahagian dahi.

12. Ketahui jenis kulit anda untuk memudahkan proses mengenal pasti cara merawatnya dengan produk yang bersesuaian. Elakkan daripada mengikut trend dan memakai produk yang tidak dikenal pasti bahannya, atau produk timbang kilo.

13. Amalkan pengambilan minyak kelapa dalam diet seharian. Minyak kelapa dipercayai dapat melembutkan kulit. Anda juga boleh cuba mencampurkan minyak kelapa dengan baking soda untuk dijadikan sebagai scrub muka.

14. Kajian dari Universiti Arizona mendapati bahawa telefon bimbit mempunyai sebanyak 17,000 bakteria. Oleh itu, pastikan anda selalu membersihkan skrin telefon bimbit anda kerana kuman boleh melekat pada kulit semasa anda menelefon atau menggunakannya.

15. Amalkan penggunaan krim malam sebelum tidur. Krim malam dapat menjaga kulit dari dalam, kerana kulit melalui proses detoksifikasi semasa tidur.

Jadi, anda sudah lakukan 15 cara ini untuk dapatkan kulit bersih dan cantik ni? Jika belum, anda boleh mencubanya! Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit bersih dan cantik. Selamat mencuba!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.