Khasiat Minum Air Nabeez
Kesihatan

Khasiat Minum Air Nabeez | Sunah Nabi SAW

Anda pernah dengar mengenai air nabeez? Air nabeez (infused water) merupakan air rendaman kurma atau kismis (salah satu) yang direndam semalaman dalam gelas yang bertutup. Air nabeez akan diminum pada sebelah paginya untuk mendapatkan khasiatnya. Terdapat banyak khasiat minum air nabeez ini kepada kesihatan tubuh badan.

Air nabeez merupakan air kegemaran Nabi Muhammad SAW sebagaimana tafsiran hadis dalam Asy-Syamail Al-Muhammadiyyah Kenali Rasul Kita Muhammad SAW Menyingkap Keperibadian & Cara hidup Insan Mulia.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.ha., beliau berkata:

“Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah yang manis dan sejuk.”

Tafsiran hadis di atas bermaksud, Nabi menyukai minuman yang dingin dan manis. Maksud air manis dan dingin dalam hadis di atas merangkumi air rendaman tamar (kurma) atau kismis, air yang dicampur madu dan seumpamanya.

Khasiat Minum Air Nabeez

Dr. Zaidul Akbar mengatakan air nabeez mengandungi asid amino yang penting untuk badan bagi mengelakkan badan cepat letih. Berikut merupakan manfaat jika mengamalkan air nabeez setiap hari yang Sis Min dapatkan daripada laman Facebook Olive House:

  • Menghilangkan keasidan pada tubuh badan kerana air nabeez dikenali juga sebagai air tonik alkali.
  • Memulihkan sistem penghadaman kerana air nabeez mengandungi serat.
  • Menajamkan minda dan fikiran.
  • Memberikan tenaga (sepanjang berpuasa).
Khasiat Minum Air Nabeez

Khasiat Kurma | Khasiat Minum Air Nabeez

Menurut Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah:

“Kelebihan kurma adalah boleh mengambil fungsi makanan, ubat, dan juga sebagai buah. Sebab itulah kurma sesuai dengan kebanyakan tubuh manusia di samping dapat menguatkan suhu badan semula jadi. Kurma tidak mempunyai kesan-kesan sampingan buruk sebagaimana makanan-makanan dan buah-buah yang lain, sebaliknya kurma dapat mencegah berlakunya kerosakan pada kombinasi-kombinasi badan manusia bagi yang mengamalkan memakannya.”

Sumber: At-Thib an-Nabawi, hlm. 110.

Terdapat kajian yang mengatakan kurma memberikan khasiat kepada tubuh badan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  • Kurma merupakan buah yang paling tinggi kandungan tenaga berbanding buah-buahan yang lain.
  • 70% zat gula dalam kurma adalah dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini mudah diserap di dalam badan dan cepat menghasilkan tenaga.
  • Mengandungi kalium dalam membantu mengurangi tekanan fizikal dan mental.

Cara Membuat Air Nabeez

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Segelas air
  2. Kurma atau kismis (pilih salah satu).
  3. Masukkan kurma atau kismis ke dalam gelas.
  4. Biarkan semalaman (6 jam ke atas).

Anda boleh tonton video cara membuat air nabeez yang dikongsikan oleh Olive House Headquaters di laman Facebook.

Bulan Ramadan yang mulia bakal tiba tidak lama lagi. Jadi, anda boleh amalkan memakan kurma pada setiap hari dan minum air nabeez untuk mendapatkan khasiatnya. Umum mengetahui, bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan berkat bagi umat Islam, maka sama-samalah kita menghidupkan sunah Nabi SAW.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.