Kesan Makan Makanan Terlalu Pedas

Mesti ramai yang suka makan makanan pedas, kan? Sis Min tak nafikan makanan pedas selalunya sedap. Tapi tahu tak kesan makan makanan terlalu pedas boleh membahayakan kesihatan?

Sekarang ni makanan pedas seolah-olah menjadi satu trend di media sosial, malah ada yang jadikannya sebagai ‘challenge’. Berlumba-lumba netizen dalam media sosial nak ikut challenge tersebut. Ada juga yang sanggup makan makanan segera yang pedasnya tu berganda-ganda terutama yang berperisa ghost pepper.

Kesan Makan Makanan Terlalu Pedas
PAQUI One Chip Challenge

Ramai juga dalam kalangan Youtuber yang menyahut cabaran peminatnya untuk mengambil PAQUI One Chip Challenge. Makanan ini perlu dimakan satu chip saja dan perlu tunggu sehingga 5 minit. Selepas 5 minit, mulalah kepedasan chip tu menjalar ke dalam mulut si pemakan. Sampaikan lidah mereka tidak dapat merasa makanan lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, lidah mereka sudah pijar dan kebas akibat kepedasan tersebut.

Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan beberapa kesan makan makanan terlalu pedas kepada anda agar segera menghentikan challenge ini.

Kesan Makan Makanan Terlalu Pedas
Ghost Pepper

Cirit-birit | Kesan Makan Makanan Terlalu Pedas

Rempah ratus makanan pedas mengandungi capsaicin yang boleh menyebabkan si pemakan berasa pijar kepedasan. Hal ini dikatakan demikian kerana, capsaicin yang diambil akan mula bertindak balas dengan reseptor untuk menghantar isyarat amaran kepada otak bahawa anggota badan mengalami kepedasan yang melampau. Baca selanjutnya di sini.

Oleh hal yang demikian, makanan pedas yang memasuki usus akan membuat sistem penghadaman tidak teratur. Hal ini boleh menyebabkan cirit-birit berlaku dengan cepat. Menurut Dr Zaharuddin menerusi Berita Harian, beliau mengatakan bahawa pengambilan makanan yang terlalu pedas menyebabkan usus bekerja dengan cepat dalam merembeskan cecair dengan banyak dan berlakunya cirit-birit.

Keadaan ini akan menjadi parah jika cirit-birit berterusan, hal ini kerana boleh mengakibatkan dehidrasi. Oleh hal yang demikian, anda disarankan untuk minum air masak dengan banyak bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Kesan makan makanan terlalu pedas secara kerap dan berlebihan boleh menyumbang kepada GERD atau pedih ulu hati. Hal ini dikatakan demikian kerana, injap otot mengalami kelonggaran yang disebabkan oleh lebihan asid gastrik.

Anda akan merasa perit seperti terbakar di bahagian dada sehingga mulut kerana refluks asid telah memasuki tiub esofagus. Oleh hal yang demikian, anda akan mengalami sakit dada, keradangan kerongkong, asma, batuk, dan gangguan tidur.

Kesan Makan Makanan Terlalu Pedas
Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Nak tahu lebih lanjut mengenai GERD? Boleh baca di sini dan juga di sini.

Buasir | Kesan Makan Makanan Terlalu Pedas

Nor Elyana yang merupakan Pegawai Dietetik menerusi Sinar Harian mengatakan kesan makan makanan terlalu pedas boleh menjadi punca kepada buasir. Hal ini dikatakan demikian kerana, luka luaran pesakit yang mempunyai buasir akan menjadi panas dan sakit terutama semasa membuang air besar.

Buasir

Pelupa

Tambah Nor Elyana lagi, terdapat satu kajian yang dijalankan di China, jika seseorang mengambil makanan pedas melampau melebih 50 gram sehari, hal ini boleh mengakibatkan fungsi kognitif otak berkurang. Oleh hal yang demikian, seseorang itu akan cenderung menjadi seorang yang pelupa atau nyanyuk!

Pelupa

Tidak salah untuk mengambil makanan pedas, tapi haruslah beringat bahawa makanan pedas tidak boleh diambil secara berlebihan. Jika anda ingin makan makanan yang pedas boleh sahaja gantikan cili dengan bahan rempah ratus yang lain seperti lada hitam, lada putih, halia dan bawang putih.

Jika anda kerap mengalami masalah seperti di atas selepas mengambil makanan pedas, sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang selanjutnya.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *