Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Kecantikan, Pendidikan

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit Anda

Siapa yang ada masalah kulit seperti kulit kering, sensitif, berminyak dan berjerawat? Anda dah jumpa jenis pencuci muka mengikut jenis kulit anda sekarang? Sebelum anda memilih jenis pencuci muka, anda perlulah kenal pasti jenis kulit wajah anda, supaya anda mendapat kulit wajah yang diidamkan.

Bagaimana nak tahu jenis kulit? Anda boleh ikuti cara daripada Meeracle ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu memastikan kulit bersih tanpa solekan atau sunscreen.
  2. Cuci wajah dengan pencuci muka.
  3. Biarkan kulit muka kering sendiri tanpa dilap sehingga 1-2 jam dan tak perlu letak apa-apa skincare pada kulit.
  4. Perhatikan kulit wajah anda selepas 1-2 jam.

Selepas ikuti langkah-langkah di atas, mari kenal pasti jenis kulit anda.

  • Kulit Normal

Kulit wajah tidak kelihatan kering, tidak kelihatan berminyak, liang pori kecil, kulit kelihatan licin, dan tiada bintik-bintik merah.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Kulit Normal
  • Kulit Kering

Kulit akan terasa tegang dan kering pada bahagian hidung dan dahi serta muncul garis-garis halus dan kedutan (wrinkles).

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Kulit Kering
  • Kulit Berminyak

Kulit wajah akan kelihatan seperti berkilat, liang pori besar dan bila disentuh dengan jari akan terasa berminyak.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Kulit Berminyak
  • Kulit Sensitif

Ada bintik-bintik merah dan kulit terasa gatal di bahagian jerawat.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Kulit Sensitif
  • Kulit Kombinasi

Pada bahagian dahi, hidung dan dagu akan kelihatan berminyak tetapi kering pada bahagian pipi. Kulit kombinasi juga dikenali sebagai T-Zone.

Kulit Kombinasi

Sekarang anda sudah tahu kan cara nak kenal pasti kulit wajah? Jadi, anda boleh memilih jenis pencuci muka mengikut jenis kulit.

Pencuci Muka

Mencuci muka dengan face cleanser adalah rutin harian penjagaan kulit. Tapi, sesuai ke pencuci muka yang digunakan untuk kulit anda?

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit – Kering

Pilih pencuci muka yang tidak berbuih kerana buih boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Anda boleh menggunakan pencuci muka yang mengandungi krim atau produk yang berasaskan susu untuk menghidrat kulit. Antara bahan yang sesuai untuk memberikan kelembapan pada kulit ialah hyaluronic acid. Baca selanjutnya di Hello Doktor.

Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Pembersih wajah yang bergel yang tidak mengandungi pewangi dan bahan kimia ini amat sesuai dengan kulit yang kering. Pencuci wajah yang bergel ini juga dapat mengelakkan kulit menjadi kusam, kasar dan kering. Tambahan pula, pencuci wajah ini mengandugi ekstrak tumbuhan dan bahan mineral yang membantu kulit untuk kekal lembap.

Produk ini terdapat di Watsons, Guardian atau juga boleh beli di link ini.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit

Cerave Hydrating Cleanser

Jenis pencuci muka mengikut jenis kulit kering yang seterusnya, ialah Cerave Hydrating Cleanser. Hal ini kerana, pencuci muka ini sememangnya sesuai untuk jenis kulit normal dan kering kerana mempunyai tiga jenis ceramides dan hyaluronic acid yang membersihkan wajah dari segala kekotoran, sekali gus memberikan kelembapan pada kulit. Anda boleh beli Cerave Hydrating Cleanser ini di Watsons atau di Shopee.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Cerave

Lebih banyak lagi jenis pencuci muka untuk kulit kering di link ini.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit – Berminyak

Pencuci muka yang berbuih sesuai untuk kulit yang berminyak kerana dapat mengeluarkan kotoran atau lebihan minyak daripada kulit. Tips pemilihan pencuci muka untuk kulit berminyak, jangan menggunakan pencuci muka yang mengandungi bahan yang sulfat seperti SLS atau SLES. Hal ini kerana, boleh merosakkan skin barrier anda.

Selain itu, pilih pencuci muka yang mengandungi pH yang sedikit berasid dan bersesuaian dengan pH kulit. Jika anda menggunakan pencuci muka dengan pH yang beralkali, ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda.

Cetaphil PRO Acne Prone Oil Control Foam Wash

Pencuci muka ini sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Hal ini kerana, bahan dalam pembersih wajah ini telah dibuktikan secara klinikal dengan bahan daripada Zinc Technology untuk membersihkan secara mendalam dan tidak menyebabkan liang-liang pori tersumbat.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit
Sumber: Cetaphil

Eucerin Pro ACNE Solution Cleansing Gel

Jenis pencuci muka mengikut jenis kulit yang berjerawat ialah Pro ACNE Solution Cleansing Gel. Pencuci muka dari Eucerin ini tidak mempunyai buih dan pewangi dan tidak komodogenik, maka ianya sesuai untuk kulit yang berjerawat. Pencuci muka ini mengandungi 6% Ampho-Tensides untuk membersihkan kulit dengan lembut serta menanggalkan kotoran, solekan dan sebum yang berlebihan. Tambahan pula, pencuci muka jenis gel ini amat bagus untuk menghilangkan bakteria pada kulit.

Sumber: Eucerin

Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser

Pembersih wajah yang mengandungi pH ideal 5 ini dapat mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit wajah. Pencuci muka ini mengandungi bahan yang bagus untuk merawat jerawat seperti Tea Tree Oil dan Betaine Salicylate (saliycid acid). Selain itu, mengandungi Ekstrak Daun Cryptomeria Japonica untuk melicin dan melembutkan tekstur kulit.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit – Sensitif

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk Cetaphil ini sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif seperti iritasi, kekeringan, ketegangan dan kekasaran kulit. Hal ini kerana, formulasi pH yang seimbang dalam produk ini tidak akan merosakkan kulit wajah. Tambahan pula, Cetaphil ini tidak mengandungi buih dan pewangi mampu membersihkan dan melembapkan kulit secara aktif tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit.

Neutrogena Ultra Gentle Hydrating Cleanser

Walaupun pencuci muka ini mengandungi wangian, namun ianya hanya wangian yang ringan dan sesuai untuk kulit sensitif. Hal ini kerana, pencuci muka ini mengandungi Glycerin, Sodium Cocoyl Sarcosinate yang dapat menanggalkan kotoran serta sel kulit mati.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit

Pencuci Muka untuk Kulit Kombinasi

Jenis pencuci muka mengikut jenis kulit kombinasi perlulah mengandungi bahan yang boleh menyingkirkan lebihan minyak dan memberikan kelembapan pada kulit seperti BHA dan hyaluronic acid.

Sebamed Facial Cleanser

Sebamed Facial Cleanser ini diformulasi khas untuk kulit berminyak dan kombinasi. Hal ini kerana, pencuci ini mengandungi tiga jenis bahan utama, iaitu Provitamin B5 bagi mengekalkan kelembapan kulit dan membantu menghilangkan sebum pada kulit, Menthol untuk menyegarkan kulit dan Witch Hazel bagi mengecilkan pori.

Sebamed

Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam | Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit

Pencuci muka ini boleh menyingkirkan sebum di samping membersihkan pori-pori tanpa merengsakan kulit wajah. Kulit wajah akan tampak lebih halus, lembut, dan sihat.

Pencuci muka ini mengandungi Green Tea dan Ekstrak Daun Japanese Camellia yang bagus untuk kulit kombinasi bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Jenis Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit

Anda boleh baca selanjutnya jenis pencuci muka mengikut jenis kulit kombinasi di laman web ini.

Sis Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti jenis kulit untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan wajah anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *