Hilangkan Bau Masakan dalam Rumah
Masakan, Pendidikan

Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah: Murah & Mudah

Memasak memang menyeronokkan, tetapi bau yang ditinggalkan selepas memasak boleh menyebabkan rasa kurang menyenangkan. Bau dari menumis, rebusan, memanggang, apatah lagi kalau makanan yang anda masak memang ada aroma yang sangat kuat. Jangan risau, anda tidak berseorangan kerana kebanyakan suri rumah menghadapi masalah yang sama. Jadi, Sis Min akan kongsikan petua hilangkan bau masakan dalam rumah, dengan menggunakan bahan yang murah dan mudah disediakan, serta tahan lama!

Sumber: Homemade Laksa

1. Hilangkan bau masakan dalam rumah: Kopi

Hilangkan Bau Masakan dalam Rumah

Kopi mempunyai bau yang kuat, menyenangkan, dan dapat membantu untuk neutralkan bau di sekeliling. Jadi, kopi memang sangat sesuai digunakan, lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang coffeeholic.

Cara penyediaan:

  1. Didihkan kopi.
  2. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan aroma kopi memenuhi ruang dapur.

2. Arang

Hilangkan Bau Masakan dalam Rumah

Jika anda memasak masakan dalam jumlah yang banyak, sudah pasti tong sampah anda akan penuh. Jadi, arang sesuai diletakkan di tempat anda membuang sampah bagi mengurangkan baunya. Arang juga dapat mengurangkan bau masakan, namun mungkin mengambil masa lama sedikit.

Cara penyediaan:

  1. Letakkan beberapa potong arang di tong sampah anda.

3. Hilangkan bau masakan dalam rumah: Baking soda

Selepas mencuci pinggan, pasti ada kesan kotor di sinki. Walaupun sudah dibilas dengan air, masih ada bau-bauan yang kurang menyenangkan. Jadi, baking soda sesuai digunakan untuk menghilangkan bau sinki di dapur.

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan sinki dengan air.
  2. Letakkan satu sudu baking soda di sinki anda. Taburkan di semua kawasan.
  3. Biarkan selama 30 minit atau 1 jam.
  4. Bilas menggunakan air.

4. Kulit limau/lemon/serai

Hilangkan Bau Masakan dalam Rumah

Selain sebagai pewangi, air semburan serai juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau serangga seperti lipas. Anda juga boleh menggunakan lemon atau kulit limau untuk menghilangkan bau hanyir dari bahan masakan basah seperti ikan, ayam atau daging.

Cara penyediaan:

  1. Rebus kulit limau/lemon di dalam air. (Tips tambahan: Anda juga boleh menggunakan microwave)
  2. Selain itu, anda juga boleh memotong limau atau lemon tersebut dan letakkan di sudut-sudut dapur.

5. Kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa

Jika anda tidak suka bau limau, lemon atau serai, anda boleh cuba menggunakan bahan ini pula.

Cara penyediaan:

  1. Rebus kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka.
  2. Selepas sudah sejuk, gunakan untuk sembur kawasan dapur anda.

Mudah, murah dan paling penting, tahan lama! Kadang-kadang bau yang kurang menyenangkan muncul disebabkan kita kurang prihatin dengan kebersihan di dapur. Jadi, anda perlu sentiasa pastikan dapur anda bersih selepas selesai memasak.

Sampai sini sahaja perkongsian petua hilangkan bau masakan dalam rumah. Semoga bermanfaat!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.