Hilangkan Batuk dan Kahak
Kesihatan, Pendidikan

Hilangkan Batuk dan Kahak Petua Daripada Doktor

Sudah dua tahun COVID-19 melanda di seluruh dunia, namun penyebaran jangkitan ini semakin pantas dan merisaukan. Tidak peliklah sekarang ini ramai orang yang sering sakit, terutama selesema dan batuk. Batuk yang teruk boleh menyebabkan gangguan tidur, kerja dan aktiviti harian, serta membuatkan individu berasa sakit dada dan penat. Walaupun sudah banyak kali makan ubat batuk, masih sukar untuk menghilangkannya. Jadi, apa kata anda cuba petua hilangkan batuk dan kahak yang dikongsikan di Facebook DrRizal Abu Bakar, dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja!

Punca Batuk

Hilangkan Batuk dan Kahak

Batuk merupakan perkara yang normal dan tindak balas yang sihat kerana batuk dapat membantu badan anda membersihkan laluan udara daripada hingus, asap dan sebagainya. Namun, ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan batuk menjadi teruk, seperti COVID-19. Walaupun penularan COVID-19 masih berlaku, anda jangan berfikir semua orang batuk adalah disebabkan COVID-19. Terdapat banyak kemungkinan punca seseorang individu batuk, seperti:

  • alergik
  • demam
  • cuaca panas
  • perubahan cuaca yang kerap
  • masalah dalaman

Bahan Diperlukan

  • I biji bawang Bombay/Holland
  • 1 atau 2 sudu makan madu

Cara Hilangkan Batuk dan Kahak

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut kemahuan anda.
  4. Gaulkan sehingga rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
  6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  7. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya seperti ubat batuk. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan kahak dengan mudah. Petua homemade remedy untuk batuk ini sudah lama diamalkan oleh orang Barat dan dinamakan sebagai Cough Syrup.

Mudah saja, kan? Anda boleh cuba cara hilangkan batuk dan kahak yang dikongsikan ini di rumah dan petua ini tiada kesan buruk pada otak. Semoga perkongsian Sis Min pada hari ini memberi manfaat kepada semua.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.