HARGA CABUT GIGI DI KLINIK SWASTA

Dengar-dengar harga cabut gigi di klinik swasta lebih mahal berbanding di klinik kerajaan. Sis pasti mesti ramai yang dah buat perbandingan harga rawatan gigi di klinik pergigian. Disebabkan subsidi kerajaan, harga rawatan di klinik pergigian kerajaan jauh lebih murah berbanding dengan klinik swasta.

Tapi tu lah, sejak masuk era norma baharu ni, asal nak call untuk booking appointment di klinik pergigian kerajaan, mesti penuh (SOP covid, rata-rata semua rawatan kecuali rawatan kecemasan, pesakit kena book dulu). Nak tak nak, kalau urgent sangat, memang terpaksalah pergi dapatkan rawatan kat klinik swasta walaupun harga cabut gigi mahal.

Sumber: Klinik Pergigian Verde Amani

Bagi Sis, kalau berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan diri, mahal atau murah tu belakang kira. Siapa je nak rasa sakit gigi berpanjangan, kan?

Tapi, bila Min berpeluang berkenalan dengan Dr Putra dari Klinik Pergigian Verde Amani dan melihat sendiri rating atau servis review daripada bekas pesakit, Min dapat simpulkan yang servis doktor-doktor di sini sangatlah baik dan dikatakan harga bagi setiap rawatan termasuk harga cabut gigi agak murah jika dibandingkan dengan klinik swasta yang lain.

Jadi, selain harga cabut gigi, untuk topik hari ini, Sis ingin berkongsi mengenai cabutan gigi ya.

Sebelum Sis kongsi harga cabut gigi di klinik swasta, Sis nak bagitahu tentang cabutan gigi.

Pasti tuan puan tak pernah dengar perkataan Exodontia, kan? Apa itu exodontia?

Exodontia adalah cabutan gigi daripada tulang rahang. Apabila gigi didapati tidak selamat dan mengalami kerosakan yang boleh mendatangkan penyakit, prosedur cabut gigi perlu dilakukan.

harga cabut gigi di klinik swasta 1
Sakit gigi boleh mengganggu kualiti hidup. Gambar: Listerine@Mouthwash

Dalam artikel Kementerian Kesihatan Malaysia, gigi perlu dicabut jika gigi mengalami kerosakan yang teruk hingga menyebabkan gigi tidak dapat ditampal lagi dan gigi menjadi longgar dan kecederaan atau trauma gigi yang teruk serta kegagalan rawatan kanal akar (rawatan endodontik) walaupun telah menjalani rawatan berulang kali.

harga cabut gigi di klinik swasta 2
Ilustrasi gigi yang kerosakan. – Sumber: Internet

Nak tahu tak, tuan puan perlu mencabut gigi jika mahu memakai pendakap gigi (rawatan ortodontik) bagi menyusun struktur gigi dengan lebih teratur.

Sekiranya tuan puan berminat untuk memakai braces, terdapat beberapa kes yang memerlukan cabutan antaranya crowding, increase overjet dan underbite.

Tuan puan, sekarang Sis nak masuk ke bahagian harga cabut gigi ya.

Harga cabut gigi di VADC untuk pemakaian braces adalah sama dengan harga cabut gigi standard iaitu bermula RM99 hingga RM249.

Mesti tuan puan tertanya-tanya, apa kelebihan pakej kat Klinik Pergigian Verde Amani ni? Mari Sis senaraikan.

  • Rawatan percuma untuk pemeriksaan gigi selepas rawatan gigi.
  • Jaminan perawatan gigi selama sebulan.
  • Penolakan dan rebat rawatan.
  • Program referral iaitu pelanggan akan dapat RM10 potongan harga rawatan.

Sis dah kongsi serba sikit pasal harga cabut gigi, tapi untuk pemakai braces pula, setahu Min, VADC ada sediakan pakej seperti berikut:

  • Tiada deposit.
  • Bayaran bulanan yang rendah.
  • Tiada caj tambahan dikenakan jika bracket tercabut atau wayar tercucuk.
  • Pilihan pakej yang menarik dan sesuai bergantung kepada keadaan gigi.
  • Rawatan tanpa had untuk cuci gigi, tampalan dan cabut gigi.

Menarik, kan?

Info bermanfaat

Banyak cerita dekat tv dan kenangan ikat gigi susu kanak-kanak dengan benang kat tombol pintu. Tapi, teknik itu tak valid digunakan pada zaman sekarang.

Sebelum ini, Sis ada bertanya kepada Dr Putra dari Klinik Pergigian Verde Amani tentang kaedah tersebut dan ini penjelasan beliau:

Masalah gigi susu secara amnya ada dua:

  1. Terlambat tercabut
  2. Terlalu cepat tercabut (premature).

Masalah lain yang perlu di ambil kira juga ialah

1. Trauma/takut/serik
2. Infection
3. Gigi susu tidak tumbuh (kurang dari normal) atau tumbuh lebih dari jumlah normal atau susunan gigi tidak normal
4. Gigi kekal rosak terutamanya di bahagian belakang

Gigi Susu Kanak-kanak. Sumber: https://www.bumbumcak.my/bilakah-masa-sesuai-perlu-cabut-gigi-susu-anak/
Sumber: BumBumChak

Kenapa dikatakan tak valid?

  1. Boleh sebabkan kecederaan
  2. Boleh berlaku kecuaian gigi lain tercabut, atau malahan gigi kekal tercabut.
  3. Bukan benda yang urgent dan perlu dibuat segera jadi tak berbaloi nak buat DIY
  4. Tidak dapat mengelakkan dari jumpa doctor gigi, malahan mungkin lagi takut nanti nak jumpa

Macam mana yang dikatakan valid?

Cabutan dibuat dengan menggunakan tuala sejuk atau suam untuk bagi sensasi distraction pain. Kaedah itu boleh dibuat semasa anak sedar atau semasa dia tido.

Sebelum buat cabutan :

  1. Dapatkan nasihat doctor bertauliah, pastikan gigi tersebut memang boleh dicabut dengan cara DIY atau tanpa bius.
  2. Pastikan budak faham kenapa perlu dicabut, bukan sebab kita nak punish/dera dia.
  3. Pastikan dilakukan oleh orang yang tekad, jangan buat separuh-separuh.

Selepas buat cabutan :

  1. Pastikan tiada baki tinggal, misalan ada, jangan risau jangan pengsan, jumpa doctor gigi untuk ditolong buang atau monitor baki tu.
  2. Pastikan check minimum 6 bulan sekali untuk pastikan masalah gigi anak tak semakin teruk.
  3. Masalah cabut gigi susu ni masalah kecil je, masalah yang paling besar adalah masalah takut nak jumpa doctor dan check gigi. pastikan masalah takut ni boleh di tackle awal-awal

Jadi eloknya bawa ke klinik atau biar tercabut sendiri?

Yang terbaik adalah biar gigi susu tercabut semula jadi, tapi perlu kita pantau daripada:

1. Usia dia
2. Condition gigi kekal sedia ada

“Tukar sedikit mindset, datang klinik gigi bawak budak bukan nak cabut, bukan nak tampal, tapi nak check je dulu.” –

Dr Putra (VADC)

Klinik gigi yang bagus, dia akan bantu check, explain dan kemudian kita plan.

Parents yang supportive pun akan faham, tiada istilah sekali harung.
Bagi budak yang pertama duduk kat kerusi gigi adalah satu achievement yang perlu dibanggakan.

Kebanyakan parents, terutama disebabkan kekangan masa, nak satu hari sekali settle semua.

“Apa yang pasti masalah dan PSIKOLOGI budak sekarang tak sama macam dulu. Jika dulu banyak je gigi tanggal semula jadi. Saya? Jangan tanya, memang tak pernah pergi jumpa doktor gigi semasa kecil.” – Dr Putra (VADC)

Tapi kenapa kita okay je? Sebab dulu pemakanan terjaga, pejal, makan je boleh bantu cabut semula jadi.

Sekarang?

Makanan banyak lembut and processing food jadi rahang tak cukup besar, gigi kekal.

Malahan susu tak cukup tempat, dan gigi susu degil tak tercabut-cabut.

Gambar ilustrasi gigi susu remaja yang belum tercabut. Sumber: VADC

Berikutnya, Min nak berkongsi tentang prosedur dan pantang larang yang PERLU tuan puan patuh untuk cabutan gigi.

Sebelum cabutan gigi, gusi akan dibius terlebih dahulu.

Kalau dah rasa kebas pada gigi yang akan dicabut dan kawasan tisu di sekelilingnya, peralatan khas seperti elevator, forsep akan digunakan untuk memudahkan proses cabutan gigi. Tuan puan sepatutnya tak rasa sakit semasa gigi sedang dicabut, cuma sensasi ‘tekanan’ dan ‘peregangan’ akan dirasai.

Harga cabut gigi di Klinik Pergigian Klinik Verde Amani (VADC) adalah sangat berpatutan dan servisnya antara yang terbaik. Ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk mendapatkan rawatan dengan doktor gigi VADC!

Apa SOP terkini untuk hadir ke klinik pergigian?

Standard Operating Procedure (SOP) yang biasanya diikuti sebelum adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berbeza dengan sekarang.

Jika dahulu, ada beberapa perkara yang tuan puan perlu lakukan sebelum pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan.

  • Makan terlebih dahulu.
  • Ambil ubat-ubatan harian (jika perlu).
  • Sekiranya tuan puan mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi.
  • Bawa bersama, sekiranya ada, sebarang radiograf (filem x-ray) yang berkenaan dengan kepala dan leher.

sumber: MyHealth.gov

Semasa musim PKP, prosedur adalah berbeza untuk hadir ke temujanji iaitu:

  • Pesakit hendaklah dalam keadaan yang sihat, tidak berkontak rapat dengan pesakit COVID-19.
  • Sekiranya pesakit positif, hendaklah kuarantin diri selama 14 hari selepas sembuh/potong gelang.
  • Jika mempunyai simpton/kurang sihat, tuan puan digalakkan untuk tunda temujanji.
  • Tuan puan perlu confirmkan kehadiran di whatsapp atau SMS dan datang 15minit awal sebelum waktu temujanji.
  • SOP seperti memakai mask, menggunakan hand sanitizer yang disediakan, mengamalkan penjarakan social dan scan MySejahtera perlu dipatuhi.

sumber: MyHealth.gov

Selepas prosedur cabut gigi, tuan puan harus pastikan:

  • Letakkan dan gigit kain kasa (gauze) yang diberikan ke atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan berterusan, gigit kain atau sapu tangan yang bersih dan segera dapatkan rawatan di klinik pergigian yang berhampiran.
  • Telan air liur.
  • Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan.

sumber: MyHealth.gov

Dan tahu harga cabut gigi, dah tahu SOP untuk rawatan, dah cabut gigi, Sis nak pesan ni, JANGAN LAKUKAN perkara berikut selepas cabutan gigi:

  • Berkumur-kumur dalam masa 24 jam selepas cabutan gigi.
  • Mengorek atau mengusik bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari.
  • Mengambil makanan atau minuman panas.
  • Melakukan senaman berat.
  • Merokok.

Perasan tak, kadang kadang kalau lepas cabut gigi, gusi mesti bengkak, normal ke tu?

Jika gusi bengkak, itu tak normal. Gusi bengkak disebut sebagai komplikasi yang jarang sekali berlaku selepas cabut gigi. Selalunya 3 hari hingga 7 hari lepas cabut gigi, bekas cabutan atau gusi akan sembuh.

Antara komplikasi lain yang mungkin dihadapi:

  • kebas berpanjangan (kecederaan pada saraf yang mungkin boleh jadi sementara atau kekal).
  • pendarahan berlanjutan.
  • pembukaan mulut yang terhad .
  • rasa sakit yang berpanjangan (sebab cabutan yang sukar atau infeksi pada tempat cabutan).
  • bekas cabutan tidak sembuh

Jika tuan puan alami komplikasi seperti yang Min senaraikan tu, tuan puan PERLU dapatkan rawatan di klinik pergigian dengan segera.

Bukan Harga Cabut Gigi je kena ambil tahu, Pantang Larang selepas CABUTAN GIGI juga penting

Tuan puan juga TAK boleh makan makanan pedas, minuman ringan, makanan keras dan minuman beralkohol dan kafein selepas cabutan gigi. Ini untuk elak pendarahan yang serius terjadi di kawasan cabutan itu.

Sis cadangkan tuan puan dapatkan rawatan kat Klinik Pergigian Verde Amani. Harga cabut gigi dan pakej-pakej yang ditawarkan amat berbaloi.

Tuan puan bukan sahaja dapat rawatan cabut gigi tetapi juga banyak lagi pakej rawatan pergigian seperti Dental X-ray, Dental Check & Consultation, Scaling & Polishing. Harga bagi setiap rawatan adalah yang terendah berbanding klinik-klinik swasta yang lain.

Haa…Sis nak ingatkan satu perkara ni.

Selepas cabutan gigi, tuan puan perlu dapatkan rawatan akar gigi kerana gigi yang rosak boleh menyebabkan akar gigi rosak. Rawatan ini sangat membantu bagi memastikan gigi tuan puan tercabut dan berfungsi dengan baik.

Harga bagi rawatan akar gigi bermula daripada RM999 hingga RM1999. Harga yang ditawarkan adalah berbaloi berikutan prosedurnya yang rumit tapi rugi tau kalau tak rawat akar gigi sebab di situlah bermulanya rasa sakit.

Yang hebatnya lagi, setiap rawatan akan dikendalikan oleh panel-panel profesional seperti TNB, MICARE, PMCARE dan HEALTHMETRICS. Mesti tuan/puan berpuas hati!

Klik di sini atau tuan puan boleh hubungi team Verde Amani Dental Clinic untuk membuat temujanji di talian +60175771657 jika tuan puan memerlukan rawatan atau pertanyaan berkaitan harga cabut gigi di klinik swasta.

Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *