Cendawan Busut Beracun – Bahaya Jika Termakan!

Sembilan beranak keracunan selepas termakan cendawan busut beracun di Kampung Nyiur, Paka pada hari Rabu lepas, 17 November 2021. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai isu ini di sini.

Termitomyces spores merupakan nama saintifik bagi cendawan busut yang tumbuh secara meliar dan boleh dimakan secara umumnya. Walau bagaimanapun, Dr. Aqilah Mohammad menerusi akhbar Utusan Malaysia yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin telah mengatakan bentuk luaran bagi spesies cendawan busut hampir sama dengan cendawan yang beracun.

Tambahnya lagi, kemungkinan spesies tersebut juga tumbuh bersebelahan dengan cendawan busut. Hal inilah yang menyebabkan keracunan kepada mereka yang termakan cendawan busut itu.

Akibat Makan Cendawan Toksin

Terdapat beberapa kesan buruk selepas termakan cendawan busut beracun. Antara kesan yang dialami oleh sembilan beranak tersebut ialah muntah darah. Ini apa yang dikatakan oleh Nurul Musfirah Ghazali yang mengalami muntah darah selepas termakan cendawan busut. Walau bagaimanapun, Public Health Malaysia (PHM) telah menyatakan kesan buruk makan cendawan beracun ini di dalam Facebook seperti yang berikut:

  • Loya, muntah, dan cirit-birit.
  • Demam dan sakit kepala.
  • Berhalusinasi, sawan, fikiran bercelaru, dan gangguan koordinasi otot.

Jika termakan cendawan beracun ini, ada toksin yang mempunyai kesan jangka panjang yang akan mengakibatkan kegagalan buah pinggang dan juga membawa kepada kematian.

Hal ini dikatakan demikian kerana, toksin dan racun dari cendawan busut liar ini dikenali sebagai Chlorophyllum Molybdites yang mengandungi tiga jenis toksin, iaitu amatoxin, psilocybin, dan muscarine.

Walau bagaimanapun, cendawan busut mempunyai antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kesihatan. Anda boleh baca di sini lebih lanjut mengenai cendawan busut dan kebaikannya.

Kenal Pasti Cendawan yang Beracun

Public Health Malaysia (PHM) telah memberikan beberapa langkah untuk memilih cendawan yang boleh dimakan supaya kes keracunan tidak berulang.

  • Elakkan dari memetik dan makan cendawan yang tumbuh meliar tanpa ketahui jenis cendawannya.
  • Pastikan membeli cendawan daripada pihak pembekal dan penjual cendawan yang dipercayai.
  • Cendawan busut beracun mempunyai insang berwarna putih, manakala cendawan yang boleh dimakan biasanya mempunyai insang berwarna merah jambu.
  • Cendawan yang tidak boleh dimakan mempunyai cincin pada batang.
  • Elakkan makan cendawan yang mempunyai topi berwarna merah terang dan selaput putih pada pangkal batang di dalam tanah.
Cendawan Busut Beracun
Contoh Cendawan Beracun

Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan sedikit peringatan kepada anda supaya tidak sewenang-wenangnya memetik dan makan cendawan yang tumbuh meliar terutama jika anda tidak kenal jenis cendawan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, cendawan tersebut mungkin mengandungi racun yang boleh membawa maut.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *