Cara Mudah Bersihkan Microwave
Masakan, Pendidikan

Cara Mudah Bersihkan Microwave

Tahukah anda? Jika anda tidak membersihkan microwave selepas menggunakannya, kotoran dan bakteria akan berkumpul dan membuatkan microwave berbau? Jadi, bila kali terakhir anda bersihkan microwave di rumah? Bagi ibu-ibu yang rasa renyah nak bersihkan kotoran dan kerak-kerak melekat pada microwave, hari ini Sis Min akan kongsikan 5 cara mudah bersihkan microwave.

Jom cuba cara yang dikongsikan dari Facebook Seminit Resepi ini.

1. Soda Bikarbonat | Cara Mudah Bersihkan Microwave

Cara Mudah Bersihkan Microwave
  • Campurkan soda bikarbonat dengan sedikit cuka untuk dijadikan pes.
  • Kemudian, sapukan campuran tersebut pada tempat yang mempunyai kesan yang sukar ditanggalkan.
  • Biarkan selama beberapa jam.
  • Lap dan bersihkan.

2. Lemon

Cara Mudah Bersihkan Microwave
  • Potong lemon kepada 2 bahagian.
  • Gunakan lemon tersebut untuk menyental kesan degil di dalam microwave. (Tips tambahan: Anda juga boleh menggunakan limau nipis jika tiada lemon)

3. Cuka

  • Campurkan 1 liter air dengan 8 sudu cuka.
  • Celupkan kain bersih ke dalam air cuka tersebut dan lap microwave.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian, bilas dengan air bersih.

4. Air | Cara Mudah Bersihkan Microwave

  • Isi air ke dalam mangkuk tahan panas dan letakkan ke dalam microwave.
  • Pasang pada suhu tinggi selama 20 minit.
  • Setelah keadaan dalamnya sejuk, lap menggunakan kain bersih atau tisu.

5. Cecair Pencuci Pinggan

Cara Mudah Bersihkan Microwave
  • Masukkan 5 sudu besar sabun pencuci cecair ke dalam semangkuk air.
  • Kemudian, masukkan ke dalam microwave.
  • Pasang pada suhu tinggi selama 3 minit.
  • Setelah keadaan dalamnya sedikit sejuk, bersihkan dan lap dengan span sehingga bersih.

Siap! Semudah 1, 2, 3 sahaja kan? Jadi selepas ini, ibu-ibu di rumah tak perlu sental kerak-kerak dan sisa minyak di dalam microwave lagi. Bau microwave pun lebih harum dan segar! Sis Min harapkan cara mudah bersihkan microwave yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.