Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Cepat

Siapa yang sedang mengalami sakit tekak mesti sedang mencari-cari cara hilangkan sakit tekak dengan cepat, kan? Bohonglah siapa yang tidak pernah merasa sakit tekak. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengatakan bahawa sakit tekak adalah salah satu gejala yang normal dan biasa dialami oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Walaupun ini adalah perkara biasa, namun sakit tekak ini pasti diikuti dengan batuk dan bersin. Kebiasaannya akan terjadi demam selesema jika dibiarkan. Sakit tekak juga akan menyebabkan kesukaran untuk menelan makanan dan minuman.

Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Cepat
Sukar untuk Menelan

Sis Min nak kongsikan sedikit informasi berkaitan dengan penyebab sakit tekak yang Sis Min dapat daripada Doctor On Call, sebelum Sis Min kongsikan cara hilangkan sakit tekak dengan cepat.

Penyebab Sakit Tekak

  • Jangkitan Virus

Kebiasaannya jangkitan virus adalah penyebab kepada sakit tekak. Virus selesema, croup dan mononucleosis inilah yang menjadi punca tekak sakit dan sukar untuk menelan makanan dan minuman.

  • Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria pada tekak boleh menyebabkan simptom yang lebih serius. Hal ini dikatakan demikian kerana, jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh mengakibatkan tekak perit untuk menelan. Tambahan pula, jika sakit tekak yang disebabkan oleh bakteria tidak dirawat, boleh mengakibatkan komplikasi pada jantung atau buah pinggang.

Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Cepat
Jangkitan Bakteria dan Virus
  • Refluks Asid

Sakit tekak sewaktu bangun tidur pada awal pagi disebabkan oleh refluks asid. Hal ini dikatakan demikian kerana, lebihan asid dalam perut boleh mengalir ke tekak semasa anda tidur.

Anda boleh baca selanjutnya mengenai penyebab sakit tekak di link ini.

Rawatan | Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Cepat

Bila sakit tekak nak menelan makanan dan minuman pun perit, rasa terseksa! Sis Min teringat hari raya pada tahun 2015 bahawa Sis Min pernah mengalami sakit tekak, iaitu tonsillitis. Raya pertama tak boleh makan lemang, rendang dan kuah kacang. Terpaksa pergi KFC semata-mata nak beli kentang putar, ini je makanan yang Sis Min boleh telan. Sis Min cari juga cara hilangkan sakit tekak dengan cepat sebab Sis Min pun nak merasa lemang pada hari raya.

Bila bangun tidur nak minum air pun rasa nak melalak, peritnya tekak! Jadi Sis Min pun pergi klinik, dan doktor berikan ubat pada Sis Min. Alhamdulillah dalam masa 3 hari tekak Sis Min sudah pulih. Nak tahu apa yang Sis Min dapat daripada doktor untuk hilangkan sakit tekak?

Antibiotik

Antibiotik inilah ubat yang Sis Min dapat sewaktu Sis Min mengalami sakit tekak yang teruk, iaitu tonsillitis. Tambahan pula, doktor akan beri antibiotik jika mendapati sakit tekak yang dialami oleh pesakit berpunca daripada jangkitan bakteria.

Madu

Cara hilangkan sakit tekak dengan cepat yang seterusnya ialah, pengambilan madu. Makan madu boleh merawat luka serta meredakan batuk dan sakit tekak. Public Health Malaysia mengatakan sakit tekak yang disebabkan jangkitan virus tidak boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik.

Oleh hal yang demikian, National Institute for Health and Care Excellence (NICE) mencadangkan pengambilan madu dapat melegakan sakit tekak dan batuk. Pengambilan madu boleh juga dicampur dengan air suam dan lemon. Boleh lihat di sini untuk dapatkan madu asli.

Tetapi pengambilan madu tidak sesuai diberikan pada bayi dan pesakit diabetes. Silap hari bulan boleh mengancam nyawa!

Air Garam

Cara hilangkan sakit tekak dengan cepat yang seterusnya ialah, air garam. Hal ini dikatakan demikian kerana, berkumur dengan air garam dapat membantu melegakan tekak yang bengkak kerana air garam dapat membunuh bakteria yang menyebabkan sakit tekak.

Gula-gula Berangin | Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Cepat

KKM mengatakan gula-gula berangin atau lozenge boleh meredakan sakit tekak. Hal ini dikatakan demikian kerana, lozenge yang mengandungi menthol, tylenol dan amylmetacresol yang membantu melegakan sakit tekak.

Lozenge boleh didapati di dalam bentuk gula-gula berangin yang mempunyai pelbagai perisa. Misalnya, Strepsils, Woods’, Fisherman’s Friend, Ricola dan lain-lain. Boleh baca selanjutnya mengenai lozenge di sini.

Jika masalah sakit tekak ini berterusan lebih 2 minggu, sila berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *