Cara Cuci Barang Kemas Lama
Kecantikan

Cara Cuci Barang Kemas Lama Menggunakan Barang Dapur

Kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan perhiasan barang kemas. Namun, barang kemas boleh pudar warnanya apabila dipakai selama 1 tahun dan ke atas. Justeru itu, barang kemas perlu dihantar ke kedai untuk dicuci agar barang kemas sentiasa berkilat. Walau bagaimanapun, barang kemas boleh dicuci hanya menggunakan barang dapur. Artikel kali ini, Sis Min nak kongsikan cara cuci barang kemas lama dengan menggunakan tiga barang sahaja.

Tips mencuci barang kemas ini, Sis Min dapatkan daripada laman Facebook Mingguan Wanita. Tiga barang dapur seperti baking soda, garam, dan sabun pencuci pinggan akan digunakan untuk membersihkan barang kemas. Barang kemas yang lama akan menjadi lebih berkilat seperti baru!

Cara Cuci Barang Kemas Lama

Cara Cuci Barang Kemas Lama

Barang dapur yang diperlukan untuk mencuci perhiasan adalah seperti berikut:

  • 1 sudu kecil sabun pencuci pinggan
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Berus gigi
  • 1 mangkuk air suam
  • Beberapa helai tisu dapur

Cara Mencuci

Hanya menggunakan tiga barang utama ini, barang kemas akan kelihatan lebih berkilat. Hanya memerlukan 10 minit sahaja membersihkan barang kemas lama ini. Cara mencucinya adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula, masukkan sabun pencuci pinggan, baking soda, dan garam halus ke dalam mangkuk yang berisi air suam.
  2. Kemudian, kacau larutan tadi sehingga berbuih.
  3. Seterusnya, masukkan barang kemas ke dalam larutan tadi. Berus barang kemas menggunakan berus gigi. Beruskan secara perlahan, sedikit demi sedikit.
  4. Selepas memberus barang kemas, biarkan barang kemas direndam dalam larutan dalam masa 10 minit.
  5. Selepas 10 minit, bilas barang kemas menggunakan air bersih. Sewaktu membilas dengan air, gosok barang kemas menggunakan jari bagi memastikan kotoran keluar.
  6. Kemudian, letakkan barang kemas di atas tisu dapur. Tekap barang kemas menggunakan tisu dapur agar barang kemas kering.
  7. Biarkan barang kemas di atas tisu dapur dalam masa 15 minit agar air di bahagian-bahagian kecil pada barang kemas kering. Barang kemas siap untuk dipakai!

Mudah sahaja cara cuci barang kemas lama menggunakan tiga barang utama tersebut. Anda tidak perlu bersusah payah lagi mengeluarkan duit yang banyak untuk mencuci barang kemas di kedai. Kini, hanya menggunakan tiga barang dapur, anda boleh dapatkan barang kemas yang berkilat dan berkilau seperti baru!

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel mengenai cara cuci barang kemas lama ini memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.