Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar
Masakan

Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar – Selalu Keliru?

“Tolong belikan daun sup.” “Mana satu daun sup ni? Ini bukan ke daun ketumbar? Kenapa nampak macam sama? Apa bezanya?” Haa, siapa yang selalu mengalami situasi seperti di atas? Sis Min selalu keliru antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Selalu Sis Min akan ambil bau daun, baru tahu itu daun apa. Hihihi. Nak tahu tak apa beza daun sup dan daun ketumbar?

Sekali pandang, memang nampak serupa kedua-dua daun ini. Nak kata daun ketumbar dan daun sup ni kembar, macam bukan. Tapi bila sekilas tengok macam sama. Jadi, artikel hari ini istimewa sedikit kerana Sis Min nak kongsikan perbezaan daun sup dan daun ketumbar serta khasiat daripada kedua-duanya.

Sis Min dapatkan maklumat mengenai perbezaan daun sup dan daun ketumbar ini daripada laman web Alaf 21 dan juga laman web ini.

Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar

Daun Sup VS Daun Ketumbar

Daun sup dan daun ketumbar boleh dibezakan mengikut beberapa ciri seperti berikut:

  • Bentuk Daun

Beza daun sup dan daun ketumbar ialah bentuknya. Bentuk daun sup tajam dan jarang-jarang serta batangnya panjang-panjang. Manakala, daun ketumbar mempunyai daun yang lebar dan batangnya pendek.

  • Bau Daun

Bau daun ketumbar lebih kuat berbanding daun sup. Biasanya daun sup mempunyai bau masakan sup yang mengingatkan anda kepada sup tulang, sup daging, dan pelbagai jenis sup.

Manakala, bau daun ketumbar pula kuat dan tajam. Ada sesetengah orang tidak menyukai baunya kerana seakan-akan bau sabun atau kumbang. Tetapi ada sesetengah orang menyukai baunya kerana boleh menaikkan selera. Sis Min kalau terbau daun ketumbar, Sis Min terus teringin nak makan tomyam bersama ikan siakap masak tiga rasa.

  • Rasa

Beza daun sup dan dan ketumbar ialah rasa daun ketumbar lebih kuat berbanding daun sup.

  • Akar

Daun sup mempunyai akar yang kecil dan berserabut. Manakala, akar daun ketumbar lebih besar dan akarnya tunjang. Biasanya akar daun ketumbar dibawa dalam masakan.

Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar
Akar daun sup

Khasiat Daun Sup dan Daun Ketumbar | Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar

Setiap apa yang Allah ciptakan, pasti mempunyai kebaikan, begitu juga dengan daun sup dan daun ketumbar yang mempunyai khasiat serta memberikan manfaat kepada manusia.

Khasiat Daun Sup

Daun sup mempunyai banyak manfaatnya. Berikut merupakan khasiat daun sup:

  • Menambah Selera Makan

Daun sup yang dimasukkan dalam masakan panas akan membangkitkan selera anda untuk makan, walaupun ketika itu anda tidak sihat. Sis Min perasan juga, apabila Sis Min tak sihat dan tak ada selera, ibu Sis Min akan masakkan sup untuk Sis Min. Mungkin inilah caranya untuk membuatkan orang yang tidak ada selera makan menjadi berselera.

  • Merendahkan Kadar Kolesterol

Khasiat yang terdapat dalam daun sup mampu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini kerana, daun sup mengandungi zat besi, fosforus, natrium, kalium, Vitamin A dan C. Baca lebih lanjut di sini dan juga sini.

Khasiat Daun Ketumbar | Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar

Nama saintifik bagi daun ketumbar ialah coriandrum sativum yang merupakan sejenis herba. Segala maklumat berkaitan khasiat daun ketumbar ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Root of Science.

  • Merawat Ulser Mulut

Daun ketumbar boleh merawat ulser mulut. Hal ini dikatakan demikian kerana daun ketumbar mengandungi citronellol yang merupakan sejenis minyak pati ketumbar yang bersifat antiseptik.

  • Membantu Sistem Penghadaman | Beza Daun Sup dan Daun Ketumbar

Daun ketumbar dapat membantu sistem penghadaman kerana daun ketumbar dapat menghasilkan jus dan enzim yang diperlukan oleh badan untuk proses penghadaman. Sesiapa yang mempunyai masalah penghadaman, elok makan makanan yang mengandungi daun ketumbar.

  • Merawat dan Mencegah Cirit-Birit

Cirit-birit berlaku adalah berpunca daripada jangkitan bakteria. Oleh hal yang demikian, daun ketumbar mengandungi komponen yang bersifat antibakteria seperti cineole, borneol, limonene, alphapinene, dan beta phelandrene. Komponen ini mampu merawat dan mencegah cirit-birit.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai khasiat dan kandungan nutrisi yang terdapat pada daun ketumbar di link ini.

Cukup sekadar itu sahaja perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar anda tidak lagi keliru antara daun sup dengan daun ketumbar sebagaimana yang telah Sis Min kongsikan. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada para wanita di luar sana agar mereka juga tahu beza daun sup dan daun ketumbar.

Jom Simpan Bekalan Bahan Dapur Anda di Dalam Bekas Aesthetic!

  • masakan ayam buttermilk

Kepada yang bercadang nak masak-masak hujung minggu ni, make sure anda dapatkan bekas-bekas aesthetic terlebih dahulu melalui link ini ya >> https://shope.ee/4fVxvSLsWp.

Macam-macam bahan dapur kering boleh disimpan seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam, cengkih, serbuk kunyit dan banyak lagi. Semuanya atas daya kreativiti anda! Apa yang pasti, Sis Min memang approve.✅

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *