Belajar Al Quran Mudah

Belajar Al Quran Mudah
Belajar Al Quran Mudah

Hiasilah diri kami dengan keindahan al quran…” sedap pula dengar bait-bait nasyid kumpulan Inteam ni bila menyebut Al Quran. Eh! Kenapa Sis Min tiba-tiba saja dengar lagu ni? Sebabnya Sis Min nak cerita sikit mengenai pembelajaran Al Quran. Kita mesti pernah terfikirkan adakah belajar Al Quran mudah?

Ya lah sebab kita jarang mempunyai masa untuk pergi ke kelas mengaji, lebih-lebih lagi jika sibuk dengan kerja dan belajar. Hari Sabtu dan Ahad pula mesti nak luangkan masa dengan keluarga pula.

Semakin hari usia pun bertambah, amal tak cukup lagi ni. Jadi naklah belajar Al Quran dalam waktu yang singkat. Tapi, macam mana caranya? Guru mengaji pun tak ada lagi ni. Mesti semua orang nak tahu kan? Mari Sis Min kongsikan.

Belajar Al Quran Mudah?

Belajar Al Quran mudah apabila hati dan jiwa kita ikhlas untuk membaca dan belajar Al Quran. “Sis Min, bagaimana nak jadikan hati dan jiwa ini ikhlas?” Sis Min pernah dapat soalan begini. Cara untuk kita menjadi ikhlas perlulah mula dari paksaan. Melakukan kebaikan secara paksaan lama-lama akan menjadi ikhlas.

Macam mana nak tahu hati dah ikhlas? Apabila kita seronok dan bahagia bila melakukan kebaikan seperti belajar Al Quran, itulah ikhlas. Jadi nak belajar Al Quran tak? Jom belajar dengan satu team hebat ni.

Beana Home Quran ialah team yang Sis Min katakan tadi. Mereka merupakan pasukan yang mengendalikan kelas mengaji di rumah khususnya secara dalam talian.

Pelbagai cara team Beana sediakan untuk mengaji Al Quran bagi memberikan kemudahan kepada pelajarnya. Antaranya, belajar secara online, di rumah atau di centre. Namun, kelas mengaji online ini memberikan keselesaan kepada pelajar kerana pelajar boleh memilih tutor, memilih waktu yang fleksibel dan pakej yang diingini.

Umum yang kita tahu, sebelum musim pandemik ini, kelas online bukanlah benda baharu lagi. Apabila musim pandemik berlaku lebih lama dari jangkaan, kelas mengaji telah dilakukan secara dalam talian seperti yang dilakukan oleh Beana.

Tips Pembelajaran Al Quran dengan Beana Home Quran

Sis Min ada terbaca satu posting dari Beana Home Quran yang mengatakan belajar Al Quran ini senang. Ada beberapa kaedah tertentu yang boleh diamalkan untuk diri sendiri jika ingin belajar sendiri di rumah. Jadi apa kaedah terbaiknya?

  • Menguasai Huruf Hijaiyah

Umat Islam sudah semestinya wajib mengenali dan menguasai huruf hijaiyah supaya pembelajaran Al Quran dapat dilakukan dengan lancar. Huruf hijaiyah ini mempunyai pelbagai bentuk, cara sebutan dan bunyi yang berbeza yang perlu dihafal sewaktu belajar Al Quran. Jika bunyi dan bentuk huruf disebut tidak selari menyebabkan makna ayat Al Quran yang dibaca akan berubah. Sehubungan dengan itu, Beana Home Quran amat mementingkan pembelajaran huruf hijaiyah ini sewaktu pembelajaran dilakukan.

Huruf Hijaiyah boleh dikuasai dengan pelbagai cara sama ada membacanya dengan suara yang kuat atau menggunakan flash card. Flash card biasanya untuk kanak-kanak sebagaimana yang dilakukan oleh Beana Home Quran. Belajar Al Quran mudah dengan flash card dan ianya juga dikenali sebagai Fun learning Flash Card Huruf Hijaiyah.

  • Belajar dengan Guru

Al Quran perlulah belajar dengan orang yang lebih tinggi ilmunya mengenai Al Quran berbanding diri kita. Hal ini kerana guru dapat menegur kesilapan kita jika ada ayat yang salah disebut. Belajar al quran menjadi lebih mudah apabila anda dapat memilih guru mengaji anda dengan selesa. Ianya seperti mana yang ditawarkan oleh Beana Home Quran.

  • Membaca Al Quran dengan Tartil

Sebagaimana dalam al quran surah Al-Muzammil:4, Allah berfirman;

“Dan bacalah Al Quran dengan tartil (perlahan-lahan).”
(Al-Muzammil: 4)

Sumber: laman web Mufti Wilayah Persekutuan

Membaca Al Quran dengan tartil adalah dilakukan secara perlahan-lahan. Tartil yang dimaksudkan perlu dibaca tenang dan tidak tergopoh-gapah adalah salah satu cara untuk memudahkan pembelajaran Al Quran. Hal ini bertujuan supaya bacaan menjadi lancar sekali gus menjadikan tajwid dan mahraj betul.

Belajar Al Quran Mudah dengan mengamalkan 1 hari 1 ayat

Sis Min rasa beruntung siapa yang ingin belajar dan membaca Al Quran sepertimana dalam satu petikan hadis di bawah.

” Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al Quran, maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya.
Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf.”
(Riwayat Al-Tirmizi)

sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

Sebagaimana dalam hadis tersebut, menunjukkan bahawa setiap huruf yang dibaca akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Jika Al Quran itu dibaca setiap hari, sudah pastinya lidah kita menjadi lancar apabila belajar Al Quran. Jika sebaliknya kita jarang membaca Al Quran, lidah akan menjadi kelu dan pembelajaran Al Quran akan menjadi sukar.

Tambahan pula, jika kita membaca ayat atau surah yang sama setiap hari, kita akan mudah mengingat dan menghafaz. Misalnya, nabi pernah berpesan supaya membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur untuk menghindarkan diri dari azab kubur. Apabila kita telah membacanya setiap hari, tanpa melihat surah tersebut pun kita boleh membacanya.

Mari Belajar Al Quran Mudah Bersama Beana Home Quran

Jom Daftar sebagai Pelajar atau Tutor Bersama Beana Home Quran

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan artikel yang menarik!

Sis rasa, Sis cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *