Adab Membaca Al Quran

Adab Membaca Al Quran

Kita semua tahu Al Quran adalah mukjizat suci yang diturunkan kepada seluruh umat Islam dan sebagai insan kita perlu tahu tentang Adab membaca Al Quran. Mendengar dan menghayati ayat Al-Quran dapat memberi banyak pahala apatah lagi jika kita membacanya sahaja. Sis Min pernah membaca satu post daripada Beana Home Quran, Dapatkan Ketenangan Jiwa Melalui Persahabatan Dengan Al-Quran dan dari situ Sis Min tergerak hati untuk berbicara tentang antara Adab Membaca Al Quran.

Apa itu Adab Membaca Al Quran?

Membaca Al Quran merupakan satu ibadah dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, sesuatu perbuatan lebih baik sekiranya dilakukan dengan niat dan penuh adab lagi-lagi apabila membaca ayat-ayat suci Al Quran. Ianya dapat melambangkan kesantunan kita kepada Maha Pencipta. Antara Adab Membaca Al Quran ialah:

  • Menutup aurat dengan sempurna

Semasa membaca Al Quran, kita perlu menutup aurat dengan sempurna sama ada bagi lelaki atau wanita. Ianya perlu dijadikan kebiasaan terutamanya bagi kanak-kanak supaya menjadi amalan mereka ketika meningkat dewasa. Menutup aurat dengan sempurna sangat dituntut dalam agama Islam.

  • Memulakan dengan bacaan Taawuz dan bacaan Basmallah

Bacaan Taawuz أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ yang membawa maksud “Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam.” Bacaan ini boleh dibaca bagi melindungi diri kita daripada hasutan dan bisikan syaitan. Selain itu, kita juga dapat berharap agar amalan yang tersebut diterima oleh Allah Taala.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 98:

“Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al-Qur’an, mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.”
Sumber: Merdeka.com

Manakala, bacaan basmallah pula Bismillahirrahmanirrahim yang membawa maksud “Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bacaan ini lazimnya dibaca sebelum melakukan apa juga perbuatan.

  • Membaca Al Quran di tempat yang bersih

Semasa membaca Al Quran, kita disunatkan untuk mencari tempat duduk yang bersih daripada sebarang kekotoran. Umat islam dibolehkan membaca Al-Quran di mana-mana sahaja tetapi perlu memastikan tempat tersebut bersih dan suci. Namun, sebaik-baik tempat ialah di dalam masjid.

Apa Kebaikan Adab membaca Al Quran?

Sis Min percaya ramai yang tahu tentang kebaikan adab membaca Al Quran kan? sudah semestinya tapi tak salah untuk Sis Min kongsikan lagi antara kebaikannya.

Al Quran dapat menjadi syafaat (pertolongan) di akhirat

Al Quran bertindak menjadi syafaat dan pertolongan di akhirat kelak bagi sesiapa membaca dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

Rasullah S.AW. Bersabda “Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Riwayat Muslim)
Sumber: Website Cepat Quran.com.

Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala

Antara kelebihan membaca al quran ini dapat memberi banyak pahala kepada pembaca selain ia juga dapat menenangkan hati.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala. Aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Sumber: Website Mengaji.My

Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Al Quran merupakan penawar bagi segala kegelisahan dan kekusutan, dengan membaca Al Quran hati menjadi tenang dan hidup juga dipermudahkan oleh Allah SWT.

Daripada Riwayat Bukhari dan Muslim

“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut, maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
Sumber: Facebook Maslis Urah Al Qura

Jadi sekarang kan dah tahu Adab Membaca Al Quran dan kelebihan adab membaca Al Quran? baik Sis Min akan ceritakan pula tentang Pusat Pengajian Mengaji Online Beana Home Quran.

Beana Home Quran

Pusat Pengajian Online Beana Home Quran ini menyediakan pengajian al quran secara persendirian bersama qutor pilihan. Beana Home Quran juga menyediakan perkhidmatan mengaji di rumah secara online di WhatsApp, Zoom dan banyak lagi tau! Selain itu, Beana Home Quran turut sediakan nota dan latihan. Lagi mudah lah nak belajar Al Quran selepas ini.

Beena Home Quran juga sangat sesuai dengan lapisan umur, tidak kira kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Semua dapat belajar Al Quran! ya yang penting jangan risau tentang qutor kerana semua qutor Beana Home Quran sangat mahir dan professional dalam mengajar Al Quran.

TESTIMONI PELAJAR KELAS ONLINE BEANA

Adab Membaca Al Quran
Adab Membaca Al Quran

Wah! dah tengok kan testimoni daripada pelajar Beana Home Quran? memang banyak manfaat hasil kelas online yang dijalankan. Semua orang dapat belajar Al Quran hanya di hujung jari sahaja. Apa lagi jom ramai-ramai daftar okay? klik link di bawah:

Daftar sebagai pelajar di laman web Beana Home Quran Sekarang. https://beanahomequran.com/

Lagi banyak artikel menarik di sini Sis.Rasa.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *